Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keluarga Zdulfika Ahakasah kenang Allahyarham sebagai 'adik yang baik, penyayang'

Anggaran Waktu Membaca:
 Keluarga Zdulfika Ahakasah kenang Allahyarham sebagai 'adik yang baik, penyayang'

(Gambar: Facebook/Singapore roads accident.com)

SINGAPURA: Abang kepada pegawai Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Zdulfika Ahakasah yang maut dalam nahas tragis berkongsi bahawa jenazah Allahyarham sudah dibawa pulang ke rumah mereka di Ang Mo Kio Avenue 10 setakat 12.00 tengah hari Rabu (5 Jun).

Bagaimanapun, Encik Radin Ilahi, 47 tahun, memberitahu BERITA Mediacorp bahawa keluarganya belum dapat mengulas lanjut mengenai pemergian adik bongsu mereka itu.

"Semua adik-beradik saya sedang bersedih.

"Zdulfika adalah adik bongsu kami, susah bagi kami untuk katakan apa-apa," kata Encik Radin.

DISIFATKAN SEBAGAI ADIK YANG "BAIK DAN PEYAYANG"

Encik Radin turut berkongsi berita pemergian Allahyarham Zdulfika di laman Facebook.

"Kamu adalah adik yang baik sekali," tulisnya.

"Abang akan sentiasa merinduimu, gurau sendamu dan (dirimu yang) sentiasa tersenyum," katanya lagi, dalam satu catatan lain.
Dalam catatan di laman Facebook, kakak kepada Allahyarham menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai "sangat mengejutkan".

"Allah menyayangimu adikku.

"Kamu adalah adik yang baik dan penyayang. Tenanglah wahai adikku Zdulfika. Semoga kamu di sana diletakkan bersama orang-orang yang beriman," kata beliau.
Allahyarham Zdulfika, 26 tahun, melanggar penghadang jalan semasa mengejar penunggang motosikal yang melarikan diri di Ekspreswe Seletar (SLE) pada pagi Selasa (4 Jun).

Menurut polis, beliau disahkan meninggal dunia ketika di hospital.
 
Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat memaklumkan penunggang motosikal itu sudah diberkas dan kes sedang disiasat LTA dan Polis Trafik.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan