Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keluarga, pasangan kali pertama mohon flat baru HDB akan diberi keutamaan dalam kategori baru

Anggaran Waktu Membaca:
Keluarga, pasangan kali pertama mohon flat baru HDB akan diberi keutamaan dalam kategori baru

(Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 02 Mar 2023 08:36PM Dikemas Kini : 02 Mar 2023 10:03PM
SINGAPURA: Pemerintah akan melancarkan satu kategori baru yang memberi keutamaan lebih tinggi kepada keluarga dan pasangan kali pertama yang memohon flat baru HDB.

Mereka akan mendapat undi tambahan.

Malah lebih banyak flat akan diketepikan bagi golongan Skim Keutamaan Keluarga dan Keibubapaan itu.

Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee memberitahu Parlimen, ini bertujuan memberi akses lebih baik bagi keluarga kali pertama yang mempunyai keperluan lebih mendesak untuk mendapatkan rumah sendiri.

Menurut Kementerian Pembangunan Negara (MND), skim baru itu akan berkuat kuasa Ogos ini.

Ia meningkatkan sokongan bagi pasangan berusia 40 tahun ke bawah dan keluarga dengan anak bawah 18 tahun agar lebih cepat mendapat flat baru.

Menteri Negara, Pembangunan Negara, Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata: "Tahun lalu, kami telah menganjurkan pelbagai sesi perbincangan Melakar Hala Tuju Singapura mengenai perumahan, di mana terdapat persefahaman yang kuat bahawa keluarga dan pasangan muda yang membeli rumah pertama, harus diberikan lebih bantuan.

"Kami akan membantu mereka untuk mendapatkan flat dengan lebih cepat.

"Kami akan meningkatkan bekalan flat 3-bilik dan flat lebih besar, yang kami peruntukkan bagi mereka, sebanyak 10 hingga 40 peratus daripada jumlah bekalan flat BTO dan sehingga 60 peratus daripada jumlah bekalan penjualan flat baki (SBF).

Pada masa yang sama, MND juga akan memperketat peraturan bagi mereka yang gagal memilih flat apabila diundang berbuat sedemikian.

Mereka yang tidak memilih flat apabila tiba giliran mereka, akan dianggap sebagai pemohon kali kedua untuk tempoh setahun.

Bagi pemohon kali kedua yang gagal memilih flat pula, mereka perlu menunggu setahun sebelum dibenarkan memohon lagi dengan HDB.

MND menyatakan, ini akan meningkatkan keberkesanan sistem permohonan flat, agar bekalan flat dimanfaatkan oleh mereka yang benar-benar memerlukannya.
Sumber : CNA/IQ/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan