Keluarga mantan Hakim Besar SG Yong Pung How derma S$10 juta kepada NUHS
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Keluarga mantan Hakim Besar Yong Pung How akan menderma S$10 juta kepada Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS).
Anak perempuan Dr Yong, Yong Ying-I juga mendedahkan ia akan didermakan atas nama mendiang ibunya.
Derma tersebut diumumkan semasa pelancaran buku baharu mengenai warisan bapanya.
Buku tersebut yang ditulis oleh Hakim Andrew Phang mengisahkan perwatakan mendiang Dr Yong sebagai individu dan juga sebagai seorang mentor.
Masyarakat sektor guaman mengingati mendiang sebagai seorang yang tegas, tetapi juga seorang hakim yang penuh ihsan dan empati.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang turut menulis kata pengantar buku ini, berkata Dr Yong membantu menghuraikan lebih 2,000 kes yang tertunggak di Mahkamah Agung.
Disebabkan tokoh perintis seperti Dr Yong, kata PM Lee, sistem guaman Singapura dianggap sebagai yang terbaik di Asia hari ini.
"Dr Yong bekerja keras untuk membangunkan perundangan Singapura. Dia dengan berani menggugurkan peraturan undang-undang Inggeris yang ketinggalan zaman yang kita warisi. Sebagai ganti, beliau menggalakkan pembangunan peraturan yang lebih sesuai dengan konteks kita dan amalan komersil sedia ada. Ratusan penghakiman yang ditulisnya dan ribuan rayuan majistret yang diadilinya masih dikaji dan dipetik sehingga hari ini," kata PM Lee.
PM Lee menambah, kerjaya Dr Yong merangkumi banyak institusi utama Singapura.
Beliau pernah menjadi pengerusi dan ketua eksekutif OCBC serta menjadi pengarah urusan pertama Perbadan Pelaburan Pemerintah Singapura (GIC).

Sumber : CNA/QA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.