Skip to main content

Singapura

Keluarga berpendapatan rendah di Hong Kah North terima pek barangan keperluan harian

Pek barangan dan baucar pasar raya yang keseluruhannya bernilai S$50,000 diagihkan kepada keluarga-keluarga berpendapatan rendah di kawasan undi Hong Kah North.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Dec 2020 06:31PM Dikemas Kini : 20 Dec 2020 08:53PM

SINGAPURA: Pek barangan dan baucar pasar raya yang keseluruhannya bernilai S$50,000 diagihkan kepada keluarga-keluarga berpendapatan rendah di kawasan undi Hong Kah North.

Ini adalah sebahagian daripada usaha pertubuhan akar umbinya untuk membantu golongan berkenaan dalam keadaan pandemik sekarang.

Setiap beg berisi makanan, barang keperluan rumah dan baucar pasar raya diagihkan kepada lebih 900 isi rumah yang tinggal di flat-flat sewa.

Selain itu, 70 warga tua yang menerima bantuan kebajikan turut mendapat agihan ini.

80 murid pula dapat memotong rambut secara percuma serta pek kelengkapan sekolah seperti alat tulis dan baucar kedai buku.

Sumber : CNA/RR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita