Skip to main content

Singapura

Keluarga berpendapatan rendah bakal terima baucar barangan runcit dari PCF

Sekitar 780 keluarga berpendapatan rendah akan menerima baucar kedai runcit berjumlah lebih S$45,000.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Aug 2025 07:04PM Dikemas Kini : 26 Aug 2025 12:22AM
SINGAPURA: Sekitar 780 keluarga berpendapatan rendah akan menerima baucar kedai runcit berjumlah lebih S$45,000.

Ini adalah sebahagian daripada usaha minggu amal Yayasan Masyarakat PAP (PCF). Hampir 35,000 pelajar, kakitangan dan relawan bakal mengambil bahagian dalam acara tahunan kali ini.

Sepanjang minggu ini, pelajar-pelajar PCF Sparkletots akan mengambil bahagian dalam beberapa kegiatan yang bertujuan untuk membantu masyarakat. Ini termasuk mengunjungi warga emas, membantu dalam kerja-kerja pembersihan alam sekitar serta mengagihkan makanan.

Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Josephine Teo, berkata PCF akan terus teguh membina masyarakat yang inklusif dan penyayang.

"Kami ingin menyatukan generasi berbeza untuk saling menghargai, dan kami juga ingin mengambil peluang untuk menonjolkan sejarah Singapura, budaya kita, dan yang menjadi jati diri kita.

"Dan ini membantu untuk memupuk ikatan masyarakat yang lebih kuat, dan yang lebih penting, memupuk nilai-nilai yang menjadikan Singapura istimewa," kata Cik Teo.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita