Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keluarga berisiko tidak lagi perlu lalui pelbagai agensi bagi sokongan berbeza

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Keluarga-keluarga berisiko tidak lama lagi akan mendapat bantuan dengan lebih lancar lagi.

Mereka di bawah program ComLink tidak lagi perlu melalui pelbagai agensi bagi sokongan yang berbeza.

Sebaliknya, seorang pendamping ComLink akan menjadi tempat mereka mengadu.

Sistem tersebut sudah dirintis oleh 60 keluarga di Jalan Besar sejak Ogos 2022 dan akan diluaskan kepada lebih ramai keluarga kelak.

Para pendamping akan membantu keluarga-keluarga melakar pelan bertindak yang menyertakan pelbagai program.

Ia termasuk program KidSTART yang melengkapi ibu bapa berpendapatan rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menyokong pembangunan anak-anak.

Sejauh ini, lebih 6,200 kanak-kanak meraih manfaat daripada program tersebut.

Dan ia akan diluaskan ke seluruh negara sehingga mencapai 80 peratus daripada kanak-kanak yang layak, menjelang 2026.

Pihak keluarga juga akan menerima sokongan menerusi program mentor perkahwinan dan kumpulan sokongan ibu bapa.

Program tersebut akan diluaskan dari dua kepada sembilan bandar menjelang hujung tahun ini.

Daya usaha tersebut akan mencapai semua bandar tempatan menjelang 2025 bagi memberi manfaat kepada sekitar 4,000 pasangan dan 20,000 ibu bapa.
Sumber : CNA/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan