Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keluarga 3 generasi saksikan detik bersejarah Upacara Angkat Sumpah PM Wong

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seperti ramai rakyat Singapura di merata negara, Encik Mohammed Raziff Abdul Hamid juga enggan terlepas peluang untuk menyaksikan siaran langsung upacara pelantikan Perdana Menteri Lawrence Wong

Beliau terharu dapat menyaksikan satu lagi detik penting dalam sejarah Singapura bersama ibu bapa dan anaknya.

"Kali ini dengan anak saya mungkin pertama kali beliau dapat memahami tentang pelantikan Perdana Menteri.
Encik Lawrence Wong pernah berkata supaya kita jangan beranggapan yang beliaulah yang maha mengetahui semuanya dan beliau lebih senang dengan gaya interaktif dari masyarakat.

"Pada saya pucuk pimpinan beliau dalam mengutarakan kepimpinan kolektif yang bergaya konsultatif atau secara berunding. Itulah mungkin pada pendapat saya yang akan membawa Singapura maju ke hadapan," kongsi Encik Mohammed Raziff Abdul Hamid kepada wartawan Nur Arina Ahmad Anis.

Anaknya, Adyan Mohammed Raziff, 18 tahun turut teruja dapat mengikuti peralihan tampuk kepimpinan negara itu.

Menurut Adyan: "Ini adalah satu detik bersejarah kepada saya, kerana inilah pertama kali saya menyaksikan peralihan kuasa pemerintah dalam hidup saya."

Datuknya Encik Abdul Hamid, 80 tahun yang telah menyaksikan perubahan dalam corak kepimpinan tiga Perdana Menteri sebelum ini juga yakin dengan kepimpinan Encik Lawrence Wong.

"Dengan umur saya sebegini, masih nampak dan dapat menyaksikan pertukaran perdana menteri kita. Saya sudah tentu gembira kerana setiap pemimpin lebih muda banyak idea baru untuk majukan Singapura."

Tambahnya, beliau juga gembira kerana PM Wong senang bergaul dan mesra dengan masyarakat.
Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan