Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelompok besar lebih 100 kes COVID-19 dikesan di IMH

Satu kelompok jangkitan dengan 116 kes COVID-19 muncul di Institut Kesihatan Mental. Kes-kes COVID-19 itu terdiri daripada 108 pesakit dalam dan lapan kakitangan dari kedua-dua pusat pesakit dalam dan luar, menurut IMH lewat Isnin (25 Okt) malam.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelompok besar lebih 100 kes COVID-19 dikesan di IMH

Gambar fail Institut Kesihatan Mental (IMH).

Diterbitkan : 26 Oct 2021 07:50AM Dikemas Kini : 26 Oct 2021 07:52AM

SINGAPURA: Satu kelompok jangkitan dengan 116 kes COVID-19 muncul di Institut Kesihatan Mental (IMH).

Kes-kes COVID-19 itu terdiri daripada 108 pesakit dalam dan lapan kakitangan dari kedua-dua pusat pesakit dalam dan luar, menurut IMH lewat Isnin (25 Okt) malam, selepas ia dikenal pasti sebagai satu kelompok besar oleh Kementerian Kesihatan (MOH).

Kes pesakit dalam kebanyakannya datang dari tiga blok - Blok 4, 5 dan 6. Kebanyakan kes COVID-19 dalam kelompok itu adalah pesakit yang menginap bagi jangka panjang.

IMH menyatakan bahawa jangkitan itu dikesan menerusi ujian pengawasannya ke atas para pesakit atau dikesan kerana mereka mengalami gejala pernafasan semasa tinggal di hospital.

"Pesakit COVID-19 diasingkan dan dijaga di wad khas di IMH," menurut kenyataan media IMH.

"Kebanyakan pesakit ini adalah tanpa gejala atau mempunyai simptom ringan yang tidak memerlukan mereka dipindahkan ke hospital akut. Jika keadaan mereka memburuk, mereka akan dipindahkan ke hospital akut jika perlu."

Kemasukan ke wad-wad terjejas di IMH digantung sementara, manakala pesakit yang sihat untuk keluar boleh berbuat demikian selepas mereka diuji negatif COVID-19.

MOH menambah bahawa wad dan khidmat klinikalnya yang lain, seperti klinik pakar pesakit luar, tidak terjejas dan akan terus menerima pesakit.

LANGKAH COVID-19 DI IMH

IMH menyatakan bahawa "langkah pengawasan dan kawalan jangkitan yang ketat" untuk pelawat, pesakit dan kakitangan sudah dilaksanakan sejak bermulanya pandemik COVID-19.

Langkah-langkah itu diselaraskan mengikut keadaan semasa dalam masyarakat, dan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh MOH, tambah kenyataan media itu.

Kakitangan yang berinteraksi dengan pesakit kerap menjalani ujian rutin dan memakai pelitup N95 di kawasan klinikal. Mereka sentiasa diingatkan agar tidak datang ke tempat kerja jika mereka tidak sihat dan segera berjumpa doktor.

"Pesakit menjalani ujian swab sebelum dimasukkan ke sini dan sepanjang mereka berada di IMH. Mereka juga diberi pelitup untuk dipakai semasa mereka tinggal di sini. Kakitangan memeriksa suhu pesakit dua kali sehari dan mana-mana pesakit yang mempunyai simptom penyakit diasingkan segera," menurut IMH.

Hospital itu juga menawarkan vaksinasi kepada semua pesakit dalam akut dan yang tinggal bagi jangka panjang, serta pesakit luar.

Setakat ini, lebih 90 peratus pesakitnya yang menginap bagi jangka panjang sudah divaksin. Suntikan perangsang untuk pesakit yang mrnginap bagi jangka panjang juga sedang dijalankan.

IMH sebelum ini diisytiharkan sebagai kelompok jangkitan COVID-19 pada 30 Ogos 2021. Kelompok itu timbul di dua wad bersebelahan dan melibatkan seorang jururawat yang bekerja di kedua-dua wad.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan