Skip to main content

Singapura

Kelompok bekalan telur pertama dari Brunei mula dijual di SG

Kelompok bekalan telur pertama dari Brunei sudah mula dijual di sini di pasar-pasar serbaneka NTUC.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelompok bekalan telur pertama dari Brunei mula dijual di SG

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Feb 2023 08:24PM

SINGAPURA: Kelompok bekalan telur pertama dari Brunei sudah mula dijual di sini di pasar-pasar serbaneka NTUC.

Ia adalah sebahagian daripada usaha negara untuk membina daya tahan makanan dengan mempelbagaikan sumber.

Buat masa ini, NTUC mengimport 200,000 telur seminggu dari Brunei dan menjualnya pada harga S$3.20 bagi bungkusan 10 biji.

Harga itu lebih murah berbanding telur yang diimport dari negara-negara lain.

NTUC menyatakan pihaknya mengimport telur dari 10 negara termasuk Malaysia, Thailand, Australia dan Ukraine.

Satu kelebihan mengimport telur dari rantau ASEAN, menurut NTUC, adalah tempoh kiriman yang lebih pantas.

Pengiriman dari Brunei mengambil masa sehingga seminggu manakala pengiriman dari Ukraine atau Australia mengambil masa sehingga 21 hari.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita