Skip to main content

Singapura

Kelompok baru COVID-19 di Pusat Pertukaran Bas Jurong East, dormitori Homestay Lodge

Dua kelompok baru dikenal pasti di Singapura pada Sabtu melibatkan kakitangan di pusat pertukaran bas Jurong East dan satu lagi di dormitori Homestay Lodge bagi pekerja hijrahan di Kaki Bukit.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelompok baru COVID-19 di Pusat Pertukaran Bas Jurong East, dormitori Homestay Lodge

(Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 28 Aug 2021 11:46PM Dikemas Kini : 28 Aug 2021 11:47PM

SINGAPURA: Dua kelompok baru dikenal pasti di Singapura pada Sabtu melibatkan kakitangan di pusat pertukaran bas Jurong East dan satu lagi di dormitori Homestay Lodge bagi pekerja hijrahan di Kaki Bukit.

Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (28 Ogos).

Kelompok di Pusat Pertukaran Bas Jurong East, mempunyai 14 kes dengan 11 kes baru COVID-19 menjadikannya kelompok aktif keenam melibatkan kakitangan di pusat pertukaran bas.

Tiga kes ditambah kepada kelompok di Homestay Lodge, yang kini mempunyai lima kes.

Kelompok yang berhubung kait kakitangan di Pusat Pertukaran Bas Clementi dan Sengkang bertambah satu lagi kes, dengan keseluruhan jumlah jangkitan kini masing-masing lapan dan 24 kes.

Kelompok di Pusat Pertukaran Bas Toa Payoh bertambah tiga lagi kes, menjadi 33 kes. Empat kes ditambah kepada kelompok di Pusat Pertukaran Bas Punggol, yang kini mempunyai 21 kes.

Dua kelompok sudah ditutup, menurut MOH, sambil menambah bahawa terdapat 66 kelompok aktif di Singapura dengan masing-masing mempunyai antara tiga hingga 1,155 jangkitan.

Sebanyak 113 kes tempatan baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Sabtu.

25 daripada kes baru itu berhubung kait dengan kelompok Bugis Junction yang semakin bertambah, menjadikan keseluruhan jumlah kes sebanyak 176.

Baki 88 kes tempatan, 32 daripadanya berhubung kait kes terdahulu dan sudah dikuarantin, menurut MOH.

Lagi 27 kes pula dikesan menerusi ujian pemantauan.

29 jangkitan tidak mempunyai sebarang hubung kait dengan kes sebelumnya setakat ini, menurut MOH.

Selain itu, terdapat lapan kes import yang sudah dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Secara keseluruhan, Singapura melaporkan 121 kes baru COVID-19 pada Sabtu.

Dalam pada itu, 389 pesakit dirawat di hospital, 16 daripadanya mengalami penyakit serius dan memerlukan bantuan oksigen. Enam dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Dalam kalangan mereka yang sakit, 16 adalah warga emas berusia lebih 60 tahun dengan 11 tidak divaksinasi atau baru menerima satu dos vaksin.

Setakat Jumaat, 79 peratus penduduk di sini sudah lengkap divaksin manakala 83 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Singapura melaporkan 67,171 kes COVID-19 keseluruhannya sehingga Sabtu. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita