Kellogg's perkenal bungkusan bijirin baru selepas ada serangga dalam pek Special K
Kellogg's memperkenalkan bungkusan-bungkusan bijirin yang dipertingkat

Bungkusan Kellogg's yang terjejas. (Gambar: Facebook/Ifaa Insyiirah)
SINGAPURA: Kellogg's hari ini (31 Jul) menyatakan bahawa pihaknya memperkenalkan bungkusan-bungkusan bijirin yang dipertingkat menyusuli satu serangan serangga terhadap beberapa bungkusan bijirin Kellogg's Special K yang dibeli di Singapura.
Dalam satu kenyataan, Kellogg's memberi jaminan kepada orang ramai bahawa "keutamaan nombor satunya" adalah mutu makanan Kellogg's.
Menurut seorang jurucakap Kellogg's: "Program-program bermutu kami mengenal pasti bahawa terdapat sejumlah kecil penutupan bungkusan bijirin yang terjejas dan boleh terbuka apabila tidak diurus dengan betul semasa penghantaran. Kami secara proaktif menangani isu itu dan mengambil langkah pembetulan dan sekarang produk makanan kami mempunyai bungkusan bijirin yang dipertingkat. Tiada produk terjejas yang berada di pasaran."
Kenyataan syarikat penghasil makanan tersebut adalah sebagai jawapan kepada pertanyaan pihak Mediacorp mengenai satu video tular yang menunjukkan ulat, lalat dan sarang labah dijumpai dalam bungkusan-bungkusan bijirin yang terjejas.
AVA menyatakan bahawa siasatan awal menunjukkan bahawa punca serangan serangga berkenaan berpunca dari "penutup pada bungkusan yang menjadi lemah dan boleh terbuka apabila tidak diurus dengan betul semasa penghantaran dilakukan."
Menurut AVA, Kellogg's sudah memindahkan bungkusan-bungkusan yang terjejas dari pasaran. Pada Jun lalu, Penguasa Makanan dan Dadah Amerika Syarikat menarik balik bijirin Honey Smacks Kellogg's atas kebimbangan jangkitan salmonela.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.