Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelima-lima singa, penjaga zoo dijangkiti COVID-19 sedang ansur pulih

Kelima-lima singa dan tiga penjaga zoo Mandai Wildlife Group yang dijangkiti COVID-19 sedang beransur pulih, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Selasa (16 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Kelima-lima singa, penjaga zoo dijangkiti COVID-19 sedang ansur pulih

Gambar fail singa Asia di Night Safari. (Gambar: Night Safari)

Diterbitkan : 17 Nov 2021 08:08AM Dikemas Kini : 17 Nov 2021 08:09AM

SINGAPURA: Kelima-lima singa dan tiga penjaga zoo Mandai Wildlife Group yang dijangkiti COVID-19 sedang beransur pulih, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Selasa (16 Nov).

Encik Ong berkata dalam satu catatan Facebook bahawa penjaga zoo di bahagian karnivor Night Safari "sedang beransur pulih dengan hanya gejala ringan", manakala singa di Night Safari dan Taman Haiwan Singapura "sedang beransur pulih dengan baik" di kandang-kandangnya, jauh daripada tempat awam.

Beliau menambah bahawa singa-singa Night Safari "cergas dan sedang pulih" serta diet haiwan-haiwan itu ditokok dengan vitamin dan suplemen.

"Kesemua singa terus berselera makan," kata Encik Ong selepas menerima perkembangan kini daripada Mandai Park Holdings menerusi timbalan pengerusinya, Encik Tan Chuan-Jin yang juga Speaker Parlimen.

Khidmat Haiwan dan Veterinar menyatakan pada 9 November bahawa empat singa Asiatik di Night Safari diuji positif COVID-18 selepas terdedah kepada anggota kakitangan Mandai Widlife Group yang dijangkiti koronavirus.

Sehari kemudian seekor singa Afrika di Taman Haiwan Singapura pula diuji positif COVID-19.

Kelima-lima singa menunjukkan gejala ringan termasuk batuk, bersin dan kelesuan.

Mandai Wildlife Group yang menguruskan kedua-dua taman haiwan itu memaklumkan kepada Mediacorp bahawa dua penjaga zoo itu diuji positif di luar waktu bertugas dan yang ketiga tidak menunjukkan sebarang gejala dan diuji positif di tempat kerja selepas ujian dijalankan ke atas anggota pasukan yang mempunyai kontak bersama penjaga-penjaga zoo yang diuji positif sebelum ini.

Penjaga zoo yang ketiga itu berhenti bertugas dengan serta-merta.

Encik Ong berkata beliau terdorong menanyakan tentang keadaan penjaga haiwan dan singa-singa itu selepas membaca tentang tiga harimau bintang salji yang maut angkara komplikasi yang berhubung kait COVID-19 di sebuah taman haiwan di Lincoln, Nebraska.

Ini meskipun anggota kakitangannya sudah berusaha merawat haiwan-haiwan itu selepas diuji positif virus tersebut sekitar sebulan lalu.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan