Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelengahan lalu lintas susuli kemalangan di Koswe menghala ke Pusat Pemeriksaan Woodlands

Anggaran Waktu Membaca:
Kelengahan lalu lintas susuli kemalangan di Koswe menghala ke Pusat Pemeriksaan Woodlands

Gambar menunjukkan sebuah kereta berdaftar di Singapura yang remuk dalam sebuah kemalangan di Koswe, menghala ke Pusat Pemeriksaan Woodlands, pada 12 Dis 2022. (Gambar ihsan: Pembaca CNA)

SINGAPURA: Satu kemalangan lalu lintas berlaku di Koswe menghala ke Pusat Pemeriksaan Woodlands pada sebelah malam Isnin (12 Dis).

Kemalangan yang berlaku sekitar pukul 10.00 malam itu menghadang satu daripada tiga lorong, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kemas kini di Facebook.

"Para pelawat yang merancang untuk memasuki Singapura menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands harus menjangkakan kelengahan. Para pemandu dinasihati supaya mengikuti halaman Facebook kami bagi kemas kini," tambahnya.

Encik Ng Wei Hao, yang berada dalam sebuah kereta bersama rakan-rakannya di Koswe ketika itu, berkata beliau ternampak sebuah kemalangan sekitar pukul 10.10 malam ketika mereka dalam perjalanan menghala ke Woodlands.

Encik Ng memberitahu Mediacorp beliau melihat ada tiga hingga empat pegawai Singapura berada di tempat kejadian, selain sebuah ambulans yang kelihatan seperti dari Singapura.

Kereta-kereta juga diarahkan masuk ke lorong motosikal manakala bas tidak dapat bergerak, tambah beliau.

Gambar-gambar insiden itu menunjukkan sebuah kereta berdaftar di Singapura yang remuk.

Sekitar pukul 11.15 malam, aplikasi mudah alih checkpoints.sg menunjukkan masa perjalanan untuk masuk ke Singapura melalui Koswe dianggarkan kira-kira 105 minit hingga 160 minit.

Perjalanan menghala ke arah Johor Bahru, bagaimanapun, kelihatan lancar.
Sumber : CNA/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan