Skip to main content

Singapura

Kelengahan di NEL akibat kerosakan kereta api

Perkhidmatan kereta api di Laluan Timur Laut (NEL) yang menghala ke HarbourFront tertangguh disebabkan kerosakan kereta api di stesen Little India pagi ini (11 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Kelengahan di NEL akibat kerosakan kereta api

(Gambar: @l_missywinter_l/Twitter)

Diterbitkan : 11 Apr 2018 08:27AM Dikemas Kini : 28 Jun 2021 02:51PM

SINGAPURA: Perkhidmatan kereta api di Laluan Timur Laut (NEL) yang menghala ke HarbourFront tertangguh disebabkan kerosakan kereta api di stesen Little India pagi ini (11 Apr).

Dalam kiriman tweet pada 7.30 pagi, SBS Transit menyatakan para penumpang boleh menjangkakan tambahan 15 minit pada masa perjalanan mereka.

SBS Transit kemudian memaklumkan bahawa tiada khidmat kereta api antara stesen Outram dengan Potong Pasir melalui kirman tweetnya pada 7.55 pagi. Khidmat bas percuma disediakan di stesen-stesen yang terjejas.

Tweet yang dikirimkan pada 7.58 pagi pula menyatakan masa perjalanan ditambah lagi 30 minit. SBS Transit juga menyatakan kereta api bergerak lebih perlahan di laluan itu akibat kerosakan kereta api.

Pihaknya memohon maaf kepada para penumpang yang terjejas.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita