Skip to main content

Singapura

Kelengahan di Laluan Utara-Selatan, Timur-Barat setelah kenderaan kejuruteraan SMRT tergelincir

Anggaran Waktu Membaca:
Kelengahan di Laluan Utara-Selatan, Timur-Barat setelah kenderaan kejuruteraan SMRT tergelincir

Sebuah kenderaan kejuruteraan mengalami kerosakan di salah satu lintasan sedang ia bergerak untuk pulang ke Depoh Bishan pada 7 Feb 2025. (Gambar: Facebook/SMRT)

SINGAPURA: Para penumpang MRT di Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat pada lewat petang Jumaat (7 Feb) boleh menjangkakan kelengahan dan MRT yang sesak.

Ini sedang pengendali pengangkutan awam SMRT berusaha untuk memulihkan kenderaan kejuruteraan yang tergelincir dari landasan.

"Sila jangkakan masa menunggu lebih lama sekitar 3.5 minit di Laluan NSEWL semasa waktu sibuk petang ini.

"Kami jangkakan kesesakan MRT. Para penumpang dinasihatkan supaya mengambil laluan alternatif atau pengangkutan lain bagi meneruskan perjalanan mereka. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan," jelas SMRT dalam kemas kini di laman Facebooknya.

Beberapa isu mula timbul pada awal pagi Jumaat selepas sebuah kenderaan kejuruteraan yang sedang melakukan perjalanan pulang ke Depot Bishan mengalami kerosakan di salah satu lintasan di depot berkenaan.

"Ini menghalang sebilangan MRT yang akan beroperasi di Laluan Utara-Selatan pagi tadi daripada meninggalkan depot tersebut," menurut SMRT pada sekitar pukul 7.00 pagi, sambil menambah bahawa kenderaan itu menjalankan kerja-kerja penyenggaraan secara kerap semasa waktu kejuruteraan.

Pada pagi Jumaat, para penumpang dinasihatkan supaya menambah sehingga 10 minit pada masa perjalanan mereka antara Stesen Ang Mo Kio dengan Jurong East, ke arah Jurong East.

Ia kemudian menyatakan lebih banyak MRT dari depot lain dialihkan dari Laluan Timur-Barat bagi menyokong operasi di Laluan Utara-Selatan.

Dalam kemas kini pada sekitar pukul 5.00 petang, SMRT menyatakan kenderaan berkenaan iaitu sebuah gerabak (wagon) tergelincir dari landasan, sekali gus menghalang lintasan penting serta MRT yang bergerak dari Depot Bishan.

"Pasukan kami sedang menggunakan bicu hidraulik bagi mengalihkan 'wagon' itu sedikit demi sedikit ke landasan lain. Sedang kita sasar untuk menghuraikan keadaan ini menjelang lewat petang ini, keselamatan tetap menjadi keutamaan kami."
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita