Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelemahan 'yang sangat mudah terdedah kepada kerentatan teruk' dikesan pada Google Chrome

Para pengguna Google Chrome dinasihatkan segera melakukan kemas kini terbaru keselamatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelemahan 'yang sangat mudah terdedah kepada kerentatan teruk' dikesan pada Google Chrome

Google Chrome. (Gambar: iStock)

SINGAPURA: Para pengguna Google Chrome harus segera melakukan kemas kini terbaru keselamatan, menyusuli laporan-laporan bahawa para penggodam sedang mengeksploitasi satu kelemahan "yang sangat mudah terdedah kepada kerentatan teruk".

Demikian menurut Pasukan Respons Kecemasan Komputer Singapura (SingCERT) hari ini (19 Ogos).

Google bagaimanapun tidak memberikan maklumat lanjut. Ia sebaliknya mengeluarkan Chrome 104.0.5112.101 bagi Mac dan Linux, serta Chrome 104.0.5112.102/101 bagi Windows untuk menangani berbilang kelemahan,

SingCERT sudahpun menasihatkan para pengguna Google Chrome bagi komputer-komputer Windows, Mac dan Linus agar segera melakukan kemas kini terbaru keselamatan.

Ia juga menggalak para pengguna supaya mengaktifkan fungsi kemas kini secara automatik bagi memastikan sofwe mereka dikemas kini tepat pada masanya.
Sumber : CNA/NK/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan