Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

"Kelemahan kritikal" dikesan pada peranti Apple, SingCERT nasihatkan pengguna kemas kini perisian keselamatan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA:Pengguna Apple dinasihatkan supaya segera mengemas kini peranti mereka kepada versi terkini selepas penggodam didapati mengambil kesempatan daripada "kelemahan kritikal" pada sistemnya, menurut Pasukan Respons Kecemasan Komputer Singapura (SingCERT) dalam satu pada Rabu (14 Sep).

Apple mengeluarkan satu lagi perisian keselamatan iOS untuk menangani pelbagai "kelemahan kritikal" yang dikesan dalam produk mereka, menurut SingCERT.

"Kelemahan ini membolehkan penggodam mengawal peranti, mengakses mana-mana data atau keupayaannya," tambah mereka.

SingCERT menasihatkan pengguna supaya segera mengemas kini perisian berikut pada versi terkini:

Pelayar web Safari 16: Bagi macOS Big Sur and macOS Monterey
macOS

Monterey 12.6: Bagi macOS Monterey

macOS Big Sur 11.7: Bagi macOS Big Sur

iOS 16: Bagi iPhone 8 dan kemudian
iOS 15.7 dan iPad OS 15.7: Bagi iPhone 6s dan kemudian, iPad Pro (semua model), iPad Air 2 dan kemudian, iPad generasi ke-5 dan kemudian, iPad mini 4 dan iPod touch (Generasi ke-7)

Pengguna juga digalakkan membolehkan kemas kini perisian secara automatik di fungsi 'settings' pada peranti mereka.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan