'Kelemahan' ditemui pada iPhone, iPad; SingCERT nasihat pengguna Apple segera lakukan kemas kini
Anggaran Waktu Membaca:
Barisan model iPhone 13 dipamerkan di gedung Apple di Fifth Avenue, NYC pada 24 Sept 2021 (Gambar: Spencer Platt/Getty Images/AFP)
SINGAPURA: Pengguna Apple harus segera mengemas kini peranti mereka dengan versi-versi sofwe terkini bagi menangani kelemahan keselamatan selepas penggodam didapati mengambil kesempatan secara aktif daripada "kelemahan kritikal" pada sistemnya.
Demikian menurut Pasukan Respons Kecemasan Komputer Singapura (SingCERT) dalam notisnya pada Selasa (25 Okt).
Menurut SingCERT, Apple telah mengeluarkan kemas kini terbaru itu bagi mengatasi kelemahan 'zero-day' yang menjejas kebanyakan iPhone dan iPad.
Ini merupakan serangan ke-9 terhadap iPhone dan iPad daripada kelemahan 'zero-day' sejak awal tahun ini, menurut penerbitan berita keselamatan dan teknologi maklumat Bleeping Computer.
Bleeping Computer menyatakan kelemahan itu membolehkan penyerang mengawal peranti menyebabkan kerosakan data dan simpanan data serta aplikasi tergantung.
SingCERT menasihatkan pengguna supaya segera melakukan kemas perisian versi terbaru bagi produk-produk berikut:
iPhone 8 dan versi lebih baru
iPad Pro (semua model)
iPad Air generasi ke-3 dan versi lebih baru
iPad generasi ke-5 dan versi lebih baru
iPad mini generasi ke-5 dan versi lebih baru
Para pengguna juga digalakkan supaya mengaktifkan fungsi kemas kini sofwe secara automatik pada peranti mereka.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.