Kelayakan Ng Kok Song bertanding dalam Pilihan Raya Presiden bergantung kepada peranan di GIC, tafsiran Perlembagaan: Peguam
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA/Raydza Rahman
SINGAPURA: Tiga bakal calon telah melahirkan hasrat untuk bertanding di Pilihan Raya Presiden ini. Mantan Ketua Pegawai Pelaburan Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC) Ng Kok Song mengumumkan masuk gelanggang persaingan pada Rabu (19 Jul).
Namun, sama ada beliau memenuhi syarat kelayakan, bergantung kepada skop tanggungjawab dalam peranan sebelumnya dan bagaimana Perlembagaan ditafsirkan.
Encik Ng, 75 tahun, memberitahu wartawan bahawa permohonannya adalah berdasarkan perananya sebagai Ketua Pegawai Pelaburan di GIC, dana pelaburan pemerintah Singapura selama enam tahun sehingga beliau bersara pada 2013.

Di bawah syarat sektor awam, bakal calon mesti memegang jawatan sebagai seorang Menteri, Hakim Besar, Speaker Parlimen, Peguam Negara, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Ketua Audit Negara, Akauntan Megara atau Setiausaha Tetap.
Mereka juga layak sekiranya memegang jawatan Ketua Eksekutif - atau Eksekutif paling kanan, tetapi hanya yang dinamakan - dalam dalam Jadual Kelima Perlembagaan - iaitu lembaga-lembaga berkanun dan syarikat milik Pemerintah utama seperti Lembaga CPF, Temasek dan GIC - dan berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun.
Peranan Encik Ng selaku ketua pegawai pelaburan tidak memenuhi syarat-syarat tersebut secara automatik.
Permohonan beliau tergolong di bawah "laluan pertimbangan" sektor awam. Laluan tersebut dikhususkan bagi mereka yang mendakwa mempunyai pengalaman dan keupayaan setanding dengan mereka yang mendapat kelayakan secara automatik, dan mampu menggalas tugas Presiden dengan baik, kata Benjamin Joshua Ong dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU).
"Ia dipanggil 'pertimbangan' kerana Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) perlu membuat pertimbangan budi bicara dalam memutuskan hal ini," tambah penolong profesor di Sekolah Undang-Undang Yong Pung How.
Ditanya mengenai kelayakan beliau pada Rabu, pasukan Encik Ng juga merujuk kepada laluan pertimbangan bagi sektor awam. Di bawah Artikel 19(3)(c)(ii) Perlembagaan Negara, "Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden mungkin mempertimbangkan syarat-syarat perkhidmatan awam yang perlu dipenuhi sekiranya calon mempunyai pengalaman dan keupayaan setanding mereka yang mendapat kelayakan," jelas jurucakap Encik Ng.
TAKRIF PERLEMBAGAAN
Encik Ben Chester Cheong dari Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) berpendapat bahawa kelayakan Encik Ng bergantung kepada takrifan PEC berhubung Perlembagaan itu.
"Jika ia mengambil pendekatan sempit dalam menakrif Artikel 19(3)(c)(ii), ia jelas menyatakan bahawa seorang ketua pegawai pelaburan bukanlah eksekutif paling kanan, meskipun dinamakan, Jadual Kelima Perlembagaan lembaga-lembaga berkanun dan syarikat milik Pemerintah.
Pada Pilihan Raya Presiden 2017, jawatankuasa itu memutuskan bahawa Encik Mohamed Salleh Marican dan Encik Farid Khan Kaim Khan tidak layak di bawah landasan pertimbangan sektor swasta. Kedua-dua calon mengendalikan syarikat yang nilainya kurang daripada keperluan ekuiti pemegang saham S$500 juta.
Ini menunjukkan bahawa PEC mengambil "definisi ketat mengenai syarat ekuiti pemegang saham S$500 juta" untuk sektor swasta, kata Encik Cheong.
SKOP, KERUMITAN PERANAN GIC
Ditanya mengenai faktor-faktor yang mungkin dipertimbangkan PEC, Penolong Profesor Ong berkata bahawa ia boleh merangkumi fungsi kepimpinan Encik Ng, tempoh pengalamannya dan tahap kerumitan tugas yang beliau jalankan.
Jadi, bolehkah beliau bertanding di bawah laluan pertimbangan bagi sektor swasta?
Menurut laporan Bloomberg tahun lalu, firma berkaitan pemerintah - Yayasan Buruh Singapura (SLF), Temasek dan GIC menyumbang sekitar AS$4 bilion aset untuk membantu melancarkan Avanda. Laporan itu menambah bahawa aset Avanda telah meningkat lebih seganda kepada kira-kira AS$10 bilion.
Laporan media menyatakan bahawa Avanda mempunyai purata S$73 juta ekuiti pemegang saham dalam tempoh tiga tahun lalu, jauh lebih rendah daripada syarat minimum S$500 juta ekuiti pemegang saham.
Encik Cheong dari SUSS menarik perhatian bahawa berdasarkan Pilihan Raya Presiden 2017, syarat S$500 juta dalam ekuiti pemegang saham adalah satu "peraturan ketat", maka itu mungkin sukar bagi Encik Ng mendapat kelayakan di bawah syarat-syarat sektor swasta.
Selain Encik Ng, dua bakal calon lain ialah mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam dan usahawan, Encik George Goh.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.