Skip to main content

Singapura

Kelayakan bagi bantuan kewangan ComCare disemak mulai 17 Julai

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Jul 2023 09:00PM Dikemas Kini : 14 Jul 2023 07:51AM

SINGAPURA: Ukur tara kelayakan bagi mendapatkan bantuan kewangan ComCare akan disemak mulai Isnin depan (17 Jul).

ComCare adalah jaringan keselamatan sosial bagi isi rumah berpendapatan rendah.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) mengumumkan ia akan memansuhkan penggunaan jumlah pendapatan isi rumah, dan sebaliknya menggunakan pendapatan per kapita sebagai ukur tara kelayakan.

Ini bermakna para pemohon dengan pendapatan bulanan per kapita sehingga $800, layak menerima bantuan kewangan di bawah ComCare.

Arasnya buat masa ini adalah $650 per kapita.

MSF menyatakan, penggunaan per kapita isi rumah lebih menggambarkan perbelanjaan asas dengan lebih tepat lagi, dan ia berbeza-beza mengikut saiz isi rumah.

Pengurus pusat khidmat keluarga Care Corner Kelly Low berkata: "sebuah keluarga empat orang, mungkin mempunyai pendapatan per kapita sekitar $1,200. Mereka tercabar dalam perbelanjaan seharian dalam soal membayar bil. Dan sekarang saya rasa (ada) inflasi dan jumlah hutang semakin pantas tertunggak."

Garis panduan baru ini akan diguna pakai bagi tiga skim ComCare - bergantung kepada tempoh bantuan diperlukan.

Namun, nilai pendapatan bulanan keluarga bagi setiap orang bukan satu-satunya faktor melayakkan keluarga itu untuk mendapat bantuan.

Pejabat-pejabat Khidmat Sosial (SSO) akan melakukan "semakan menyeluruh" dan faktor-faktor lain seperti jumlah duit simpanan dan sama ada mereka dibantu ahli keluarga lain, juga akan diambil kira.

Pengarah khidmat keluarga Fei Yue Joyz Tan berkata: "kami kini boleh mengambil kira lebih banyak faktor seperti keadaan perubatan, dan kesihatan mental mereka. Bagaimana ia menjejas keupayaan mereka untuk bekerja, dan berapa banyak kerja yang boleh dilakukan. Dan juga untuk keluarga-keluarga yang ingin sekali bekerja. Kadangkala kenaikan gaji mereka sebenarnya sangat sedikit berbanding kenaikan kos. Dan kini lebih banyak keluarga boleh meraih manfaatnya."

Sumber : CNA/NY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita