Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelas senaman di luar dalam kumpulan lebih besar mula dilakukan semula

Mulai hari ini (1 Sep), kelas-kelas senaman di luar dalam kumpulan lebih besar boleh dilakukan semula.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Sep 2020 07:29PM Dikemas Kini : 01 Sep 2020 09:03PM

SINGAPURA: Mulai hari ini (1 Sep), kelas-kelas senaman di luar dalam kumpulan lebih besar boleh dilakukan semula.

Majlis Sukan Singapura menyatakan lebih 700 jurulatih sudahpun mendaftarkan diri untuk mengadakan kelas-kelas sedemikian.

Bergantung kepada tempatnya, seramai 50 orang termasuk jurulatihnya boleh menyertai kelas-kelas seperti itu.

Sejak pertengahan bulan Jun, kelas senaman seperti yoga dihadkan kepada hanya lima orang sahaja.

Akibat langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19, banyak kelas beralih ke wadah online.

Bagaimanapun
secara umumnya ramai penggiat sukan berkata melakukannya sendiri secara online di rumah tidak sama dengan melakukannya bersama-sama di luar.

Maka itu, ramai mengalu-alukan kelonggaran bagi kelas senaman di kawasan terbuka dibenarkan untuk disambung semula.

Dalam satu kenyataan pada 21 Ogos, Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan bahawa kelas senaman, yang sebelum ini dihadkan kepada kemudahan sukan privet dan awam, akan dibenarkan mulai 1 Sep di lebih banyak ruang terbuka di pusat-pusat sukan SportSG dan taman-taman, serta kawasan bersama blok-blok HDB.

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan