Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelas madrasah aLIVE secara fizikal di masjid disambung semula

Anggaran Waktu Membaca:
Kelas madrasah aLIVE secara fizikal di masjid disambung semula

Para pelajar kembali menghadiri kelas madrasah aLIVE di masjid. (Gambar: MUIS/Facebook)

SINGAPURA: Masjid-masjid menyambut semula kedatangan para pelajar kelas madrasah aLIVE pada hujung minggu lalu, kongsi Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam satu catatan ringkas di Facebooknya pada lewat petang Khamis (31 Mac).

Para pelajar menghadiri kelas aLIVE secara bertemu muka di pusat-pusat masjid, sedang kelas fizikal kembali diadakan bertahap-tahap.

Langkah itu selaras dengan langkah-langkah pengurusan selamat yang diperkemas seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Khamis lalu (24 Mac), di mana lebih banyak kegiatan dibenarkan untuk disambung semula.

Singapura menggandakan saiz kumpulan perhimpunan sosial dari lima kepada 10 orang manakala memakai pelitup tidak lagi wajib di luar bangunan mulai 29 Mac.

Perubahan lain kepada langkah-langkah pengurusan selamat termasuk membenarkan sehingga 75 peratus pekerja yang boleh bekerja dari rumah untuk kembali ke tempat kerja mereka.

Di samping itu, had kapasiti bagi acara-acara yang lebih besar dengan lebih 1,000 hadirin dinaikkan kepada hingga 75 peratus.

Isnin lalu (28 Mac), MUIS menyatakan kebanyakan daripada kegiatan Ramadan yang digantung sejak dua tahun lalu dek pandemik COVID-19 akan disambung semula tetapi dengan cara terkawal.

Antara lain, lebih banyak slot untuk solat tarawih akan disediakan kali ini, iaitu 60,000 slot setiap malam di masjid-masjid serata negara.

MUIS menambah jemaah masih perlu menempah slot, melalui sistem online, untuk solat terawih dengan tempahan sudahpun dibuka pada 10.00 pagi tadi.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan