Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelakuan pekerja Shopee campak, salah urus bungkusan 'tidak boleh diterima sama sekali'

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat e-dagang Shopee menyatakan pada Isnin (26 Dis) bahawa tingkah laku beberapa pekerja penghantarannya yang dilihat mencampak dan salah mengendalikan bungkusan dalam video tular adalah sesuatu yang "tidak boleh diterima sama sekali".

Video berdurasi 12 saat itu dimuat naik ke Facebook pada 22 Disember oleh seorang pengguna, James Killingsworth yang memaklumkan bahawa kejadian tersebut berlaku di Haig Road.

Hantaran itu menjana lebih 124,000 tontonan dan 2,100 perkongsian.

Dua pekerja penghantaran dilihat mencampak beberapa bungkusan dari bahagian belakang sebuah van Shopee Express di tempat letak kereta yang kelihatan seperti sebuah estet menuju ke kolong blok perumahan awam.

Dua pekerja lain kelihatan sedang berdiri di bawah kolong blok berkenaan dan cuba menangkap bungkusan yang dicampak itu.

Mereka juga dilihat membiarkan sebahagian besar bungkusan itu jatuh ke lantai.

Bunyi bungkusan yang jatuh ke lantai boleh didengari dengan jelas dalam video tersebut.

Namun, tidak jelas apa yang berlaku selepas itu.

Semasa menjawab pertanyaan Mediacorp, Shopee menyatakan: "Kelakuan yang dilihat dalam video itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali dan ia bercanggah dengan nilai dan komitmen perkhidmatan kami di Shopee."

Shopee menambah bahawa syarikat itu sudah menghubungi rakan-rakan penghantarannya serta pekerja-pekerja yang dilihat dalam video berkenaan untuk "menekankan betapa pentingnya semua kakitangan mematuhi garis panduan penghantaran dan piawai perkhidmatan yang ketat serta memastikan bungkusan pelanggan diuruskan dengan sebaik-baiknya".
 
Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan