Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelajuan muat turun 3 telko utama S'pura ketinggalan di peringkat global

Ranking tiga syarikat telko utama di Singapura merosot dari segi kelajuan muat turun, dengan negara-negara lain seperti Kanada dan Korea Selatan mengatasi syarikat-syarikat telko tempatan disebabkan oleh pelancaran rangkaian 5G yang lebih pantas untuk khidmat mudah alih dan Internet.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelajuan muat turun 3 telko utama S'pura ketinggalan di peringkat global

Seorang pengguna telefon bijak di dalam MRT. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 17 Mar 2021 11:09AM Dikemas Kini : 17 Mar 2021 11:11AM

SINGAPURA: Ranking tiga syarikat telko utama di Singapura merosot dari segi kelajuan muat turun, dengan negara-negara lain seperti Kanada dan Korea Selatan mengatasi syarikat-syarikat telko tempatan disebabkan oleh pelancaran rangkaian 5G yang lebih pantas untuk khidmat mudah alih dan Internet.

Maklumat itu adalah antara dapatan yang dikumpulkan oleh firma analitik antarabangsa Opensignal yang didedahkan pada Selasa (16 Mac) sebagai sebahagian daripada Anugerah Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Global.

Ketiga-tiga syarikat telko di Singapura itu disenaraikan seperti berikut:

StarHub turun dari tempat ketujuh hingga kelapan dari segi kelajuan muat turun berbanding laporan tahun lalu, walaupun kelajuannya meningkat dari 53.4 megabyte setiap saat (Mbps) kepada 56.5 Mbps.

Singtel pula jatuh dari tangga ke-11 ke tempat ke-15, dengan kelajuan muat turunnya merosot dari 50.8 Mbps kepada 48.8 Mbps.

M1, yang menduduki tempat ke-33 dalam laporan tahun lalu dengan kelajuan muat turun 33.7 Mbps, gagal menduduki antara 30 tangga teratas tahun ini. Malah, kedudukannya tidak disenaraikan.

Untuk memahami lebih mendalam tentang dapatan ini, Opensignal mengumpul perangkaan harian seperti kelajuan rangkaian dan jumlah masa 4G yang tersedia daripada sekitar 100 juta telefon bijak di merata dunia.

Ia menggunakan data yang disediakan pada separuh kedua tahun lalu untuk menentukan peneraju dan pemenang di peringkat global berdasarkan enam kriteria: Pengalaman video, pengalaman bermain permainan, pengalaman menggunakan aplikasi suara, pengalaman kelajuan muat turun, pengalaman kelajuan muat naik dan ketersediaan 4G.

Penganalisis kanan Opensignal Sam Fenwick berkata: Ramalan masa depan para pengendali di Singapura bagi anugerah kami sangat bergantung kepada kemampuan mereka menyaingi para pesaing mereka di peringkat antarabangsa bagi khidmat 5G."

Mengulas hasil tinjauan Opensignal, para pakar telekomunikasi di sini berpendapat bahawa Singapura tidak perlu terburu-buru melancarkan teknologi 5G.

Penganalisis teknologi, media dan telekomunikasi firma tinjauan pasaran Fitch Solutions, Kenny Liew, berkata bahawa pada tahun lalu, pandemik COVID-19 memaksa ramai orang terkurung di rumah, dan memandangkan ramai orang di negara ini menggunakan khidmat jalur lebar gentian dan rangkaian 4G yang mantap, "tiada keperluan mendesak untuk membangunkan rangkaian-rangkaian baru".

Beliau menambah bahawa ini juga kerana tidak banyak perati yang sesuai dengan khidmat 5G.

Dengan pelancaran peranti berkeupayaan 5G di pasaran, Encik Liew yakin bahawa penggunaan 5G akan "meningkat secara bertahap-tahap dan para pengendali akan menumpukan lebih banyak perhatian untuk mengembangkan rangkaian mereka pada tahun depan".

Menyetujui pendapat itu, penganalisis infokom bebas, Foong King-Yew, yang berpengalaman lebih 25 tahun berkhidmat dalam industri telekomunikasi, berkata Singapura tidak perlu tergesa-gesa melancarkan rangkaian 5G kerana tahap awal pelancaran 5G - yang dikenali sebagai 5G bukan kendiri (NSA) - bergantung kepada infrastruktur sedia ada 4G LTE.

Bagi aspek pengalaman video, yang menilai mutu video pengguna pada rangkaian 3G atau 4G:

Singtel bangkit dari tangga ke-14 pada tahun lalu ke tangga ke-13 dalam laporan tahun ini.

StarHub naik dari tangga ke-11 ke tempat ke-8.

M1 pula jatuh dari tangga ke-12 ke tangga ke-19.

TPG, yang tidak disenaraikan pada tahun lalu, menduduki tempat ke-29 tahun ini.

Dari segi pengalaman kelajuan muat naik:

Singtel susut sedikit dari tempat ke-5 ke tangga ke-6.

StarHub mengekalkan kedudukan di tempat ke-7.

M1 jatuh dari tangga ke-6 ke tangga ke-12.

TPG tidak disenaraikan dalam senarai tahun ini dan tahun lalu.

Dari segi ketersediaan 4G, yang mengukur purata masa pengguna menggunakan 4G:

Singtel turun dari tangga ke-27 ke tangga ke-31.

StarHub berjaya menduduki tempat ke-30 setelah tidak mendapat tempat pada tahun sebelumnya.

M1 pula jatuh dari tangga ke-26 ke tangga ke-28.

Sementara TPG jatuh dari tempat ke-11 ke tangga ke-16.

Sumber : Today/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan