Kelab Ragbi Tanglin tawar guna padang Farrer Park percuma untuk acara sukan masyarakat selepas menang tender tanah negara
Sebuah kelab ragbi akan membuka padangnya di bahagian tengah Singapura untuk kegunaan masyarakat secara percuma selepas berjaya mendapatkan tender untuk tanah negara di Farrer Park.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah kelab ragbi akan membuka padangnya di bahagian tengah Singapura untuk kegunaan masyarakat secara percuma selepas berjaya mendapatkan tender untuk tanah negara di Farrer Park.
Kawasan seluas 15,016 meter persegi, yang bersempadan dengan Norfolk Road, Carlisle Road dan Cambridge Road, telah diberikan kepada Kelab Ragbi Tanglin pada Ogos tahun lalu dengan sewa bulanan sebanyak S$25,000, menurut maklumat di laman web Penguasa Tanah Singapura (SLA).
Kerja-kerja binaan sedang dijalankan di tapak tersebut, yang pernah menempatkan Sekolah Rendah Cambridge sebelum ditutup lebih dua dekad yang lalu.
Apabila siap pada awal tahun 2026, kemudahan ini akan menampilkan padang ragbi bersaiz penuh, tiga padang bola sepak lima sepasukan dan sebuah rumah kelab, yang akan dibuka kepada orang ramai.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, pejabat divisyen Moulmein-Cairnhill menyatakan bahawa ia sedang bekerjasama dengan Kelab Ragbi Tanglin untuk memastikan penggunaan padang awam bagi program-program masyarakat pada pagi Sabtu.
Moulmein-Cairnhill juga akan bekerjasama dengan kelab tersebut untuk mempromosikan ragbi melalui sesi uji bakat dan sesi bimbingan sukarelawan, menurut kiriman emel bersama yang dihantar pada hujung minggu lalu.
Moulmein-Cairnhill merupakan sebahagian daripada GRC Tanjong Pagar.
Anggota Parlimennya, Alvin Tan, yang juga Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan merangkap Pembangunan Negara, telah berkongsi pelbagai maklumat terkini di media sosial mengenai pembangunan tersebut sepanjang tahun ini.
Bulan lalu, menyusuli mesyuarat dengan Kelab Ragbi Tanglin, beliau berkata tanah tersebut akan diubah menjadi "ruang untuk sukan dan aktiviti masyarakat" yang akan memberi manfaat kepada para penduduk.
Bercakap kepada Mediacorp secara berasingan minggu lalu, presiden kelab itu, Toby Rakison, berkata penggunaan masyarakat merupakan bahagian penting dalam rancangan kelab tersebut untuk ruang baharunya.

Sumber : CNA/AW/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.