Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelab Minda Muda MENDAKI lancar program bimbingan belia di M³@Tampines & M³@Woodlands

Satu inisiatif baru di bawah M³ yang bermatlamat untuk menghubungkan para pelajar Melayu/Islam dari peringkat sekolah menengah dengan karyawan muda dan mahasiswa pengajian tinggi sebagai mentor mereka dilancarkan baru-baru ini pada 20 Februari lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Satu inisiatif baru di bawah M³ yang bermatlamat untuk menghubungkan para pelajar Melayu/Islam dari peringkat sekolah menengah dengan karyawan muda dan mahasiswa pengajian tinggi sebagai mentor mereka dilancarkan baru-baru ini pada 20 Februari lalu.

Inisiatif perintis itu dikendalikan oleh Kelab Minda Muda MENDAKI (YMC).

Program selama enam bulan itu kini dijalankan di M³@Tampines dan M³@Woodlands.

Format hibrid dijadikan sebagai pendekatan untuk mendampingi para pelajar melalui sesi-sesi yang dijalankan setiap dua minggu.

YMC mengadakan sesi pertama yang diadakan secara maya pada 6 Mac lalu yang turut disertai oleh Setiausaha Parlimen Kesihatan Rahayu Mahzam dan Anggota Parlimen Mariam Jaafar.

Lebih 180 peserta belia dan para mentor bertemu muka buat pertama kali menerusi Zoom.

Cik Rahayu yang memimpin Bidang Tumpuan M³ ketiga (FA3) iaitu memperkasa dan membimbing belia berkongsi bahawa tujuan usaha bimbingan sedemikian dalam masyarakat adalah untuk mewujudkan sebuah ekosistem sokongan, kasih sayang dan persahabatan.

Bercakap kepada para pelajar sekolah menengah yang menyertai program PEER, beliau berkata: "Saya berharap anda akan menjalin hubungan bermakna dan benar-benar dapat memanfaatkan sokongan ini dalam menempuhi masa-masa mencabar dalam kehidupan anda."

Selain itu, Cik Mariam pula menggalak para peserta PEER M³@ Woodlands supaya memanfaatkan sepenuhnya perjalanan menyertai program bimbingan tersebut kerana bimbingan sedemikian penting bagi mereka.

"Saya menggesa kesemua peserta supaya belajar sebanyak mungkin yang boleh daripada para mentor sedang anda melayari perjalanan PEER ini."

Sehubungan itu, Cik Rahayu juga mengucapkan tahniah kepada pasukan YMC atas kejayaan melancarkan program PEER setelah ia ditunda akibat COVID-19.

Program PEER sebelum ini dijadual dilancarkan pada Februari 2020 di M³@Tampines.

Namun, ia terpaksa ditunda sehingga ke tarikh yang belum ditetapkan setelah satu lagi percubaan untuk melancarkannya pada April tahun lalu turut terjejas akibat pelaksanaan tempoh pemutus rantaian jangkitan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan