Kelab Masyarakat Yio Chu Kang dijangka dibuka semula tahun ini
Para penduduk Yio Chu Kang dapat menikmati kemudahan baharu seperti sebuah laluan pejalan kaki berbumbung yang baharu selesai dibina di Ang Mo Kio Avenue 4 dan sebuah kelab masyarakat yang sedang dinaik taraf.
Encik Lee (berbaju merah) berkata Kelab Masyarakat Yio Chu Kang akan dibuka dalam masa beberapa bulan akan datang. (Gambar: Facebook/Lee Hsien Loong)
Menteri Kanan Lee Hsien Loong mengumumkan demikian dalam satu catatan Facebook pada Ahad (2 Mac) selepas menghadiri majlis pelancaran insiatif menu jimat di daerah itu.
Encik Lee berkata kelab masyarakat itu akan dibuka dalam masa beberapa bulan akan datang ini selepas menjalani kerja-kerja naik taraf selama tiga tahun.
Di pelancaran insiatif Baucar Belanja-a-Meal dan Menu Jimat Masyarakat Yio Chu Kang, Encik Lee berkata program itu akan membiayai hidangan bagi golongan yang memerlukan.
Menurutnya, memupuk sebuah masyarakat penyayang dan inklusif adalah sebahagian daripada agenda Melakar Hala Tuju Singapura.
Setiap usaha bersama untuk memperkasakan dan menyokong masyarakat dapat mengukuhkan fabrik sosial Singapura, tambah Encik Lee.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.