Skip to main content

Singapura

Kelab Masyarakat Siglap sediakan ruang bersama bagi penduduk jalin hubungan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kelab Masyarakat (CC) Siglap yang baru menampilkan pelbagai kemudahan menarik berasaskan maklum balas daripada penduduk. 

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata sedang kemudahan kelab masyarakat sudah berubah, peranan utamanya tetap sama, iaitu menyediakan ruang ruang bersama yang berharga untuk masyarakat Singapura yang berbilang kaum dan budaya untuk berinteraksi dan mengeratkan hubungan.

Di acara perasmian Kelab Masyarakat Siglap yang baru pada Sabtu (6 Ogos), Encik Heng berkata kelab masyarakat juga adalah tempat penting bagi penduduk menunjukkan rasa prihatin dan sokongan kepada masyarakat.   

Kelab Masyarakat Siglap merupakan satu-satunya kemudahan di kawasan timur yang mempunyai pusat boling. 

Ia juga mempunyai gelanggang futsal di bumbung serta studio kulinari dan memasak yang dapat menghasilkan makanan bagi penduduk berpendapatan rendah di kejiranan itu. 

Terdapat ruang khusus juga bagi taman masyarakat dan tanaman.

"Semangat kemasyarakatan inilah yang menjadikan CC kami benar-benar istimewa, bukan sahaya kemudahan yang indah ini. 

"Semangat kemasyarakatan inilah juga yang ingin kami pupuk dalam membina East Coast yang penyayang, hijau dan bertenaga," kata Encik Heng.

Sumber : CNA/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita