Skip to main content

Singapura

Kelab Masyarakat Radin Mas dibuka semula, CC bijak pertama di Singapura

Kelab Masyarakat Radin Mas dibuka semula secara rasmi hari ini (6 Okt) dan dengan gelaran sebagai CC bijak pertama di Singapura. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Oct 2019 07:00PM Dikemas Kini : 06 Oct 2019 09:00PM

SINGAPURA: Kelab Masyarakat Radin Mas dibuka semula secara rasmi hari ini (6 Okt) dan dengan gelaran sebagai CC bijak pertama di Singapura.

Kelab Masyarakat itu dilengkapi ciri-ciri selaras dengan inisiatif Negara Bijak, dan menjadi tapak uji bagi CC 'generasi seterusnya'.

Ia juga menyediakan wadah mempererat hubungan dalam kalangan penduduk tidak kira usia.

Aplikasi Realiti Tambahan itu membolehkan pengunjung mengetahui kursus yang sedang dijalankan di CC Radin Mas.

Lebih menarik lagi, kaedah pengecaman wajah menjadi cara untuk memasuki bilik-bilik latihan ini.

Inilah antara teknologi bijak yang ingin diperkenalkan CC Radin Mas kepada para penduduk lanjut usia.

Ini kerana, lebih 30% penduduk di kawasan itu berusia lebih 50 tahun dan banyak khidmat akan lazimnya ditawarkan di platform digital menjelang 2030.

Inisiatif yang dijalankan di kelab masyarakat enam tingkat itu juga akan membantu memperhalusi pendekatan serupa di kelab masyarakat lain pada masa akan datang.

Sebuah pusat jagaan kanak-kanak, pusat pengayaan dan belia, serta pusat jagaan harian warga emas turut dibuka di CC Radin Mas, dalam usaha menggalak penduduk menganjurkan program secara bersama tidak kira usia.  

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita