Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelab Masyarakat One Punggol tawar program, kemudahan bagi segenap lapisan usia

Anggaran Waktu Membaca:
Kelab Masyarakat One Punggol tawar program, kemudahan bagi segenap lapisan usia

(Gambar: One Punggol/Facebook)

SINGAPURA: Ruang bersama yang bertenaga bagi keluarga, dengan pelbagai program dan kemudahan yang sesuai bagi setiap lapisan usia kini boleh dinikmati para penduduk Punggol di Kelab Masyarakat One Punggol, yang dibuka rasmi pada Ahad (9 Okt).

One Punggol CC adalah kelab masyarakat baru setinggi lima tingkat.

Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk studio muzik, studio memasak dan dewan serba guna yang boleh menempatkan 600 orang.

Para penduduk juga boleh menyertai pelbagai program serta memanfaatkan pelbagai khidmat di bawah satu bumbung, seperti akses kepada khidmat kesihatan dan khidmat pemerintah.

One Punggol CC adalah sebahagian daripada pusat perkhidmatan awam bersepadu yang akan menawarkan lebih 400 perkhidmatan dari 20 agensi pemerintah.

AP GRC Pasir Ris-Punggol Sharael Taha berkata: "Kami sangat gembira dengan pembukaan One Punggol.

"One Punggol akan mengadakan banyak faedah seperti kelab masyarakat, perpustakaan dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang akan diadakan di One Punggol untuk semua keluarga."
Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan