Kelab Masyarakat Kaki Bukit berwajah baharu; damping penduduk warga emas
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Heng Swee Keat/Facebook
SINGAPURA: Kelab Masyarakat Kaki Bukit yang berwajah baharu kini dibuka sepenuhnya kepada penduduk.
Keutamaannya kini adalah golongan warga emas yang menetap di sekeliling kejiranan.
Ini demi memenuhi keperluan mereka dengan lebih baik, memandangkan separuh daripada penduduk di sekitarnya berusia 50 tahun ke atas.
Daripada bengkel mengenai cara untuk gunakan wadah online kepada khidmat asas seperti pemeriksaan kesihatan, semua kini boleh didapatkan di kelab masyarakat yang diperbaharui itu.
Kelab Masyarakat Kaki Bukit tersebut dicanangkan sebagai pusat sehenti untuk golongan warga emas manfaatkan pelbagai kemudahan dan khidmat yang tersedia.
Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengatakan, kelab masyarakat itu akan menjadi titik sentuhan ataupun "touchpoint" penting bagi kedua-dua golongan penduduk - yang tua dan muda, untuk mengakses khidmat pemerintah serta menjalin hubungan antara satu sama lain.
"Ia khususnya berguna untuk warga emas mempunyai khidmat sehenti ini. Misalnya, pejabat Agensi Penjagaan Bersepadu boleh berkhidmat sebagai sumber sehenti untuk membantu warga emas dan golongan penjaga.
"Para penduduk juga boleh hubungi pejabat ini untuk dapatkan bantuan sertai program SG Lebih Sihat," kata Encik Heng.
Selain itu, lokasinya juga menempatkan Hab Pekerjaan Kaki Bukit untuk membantu penduduk dalam penempatan pekerjaan, serta menjalani latihan atau meningkatkan kemahiran.
Pembaharuan tersebut dilakukan sedang landskap kawasan Bedok terus berubah bagi memenuhi keperluan yang turut berubah.

Sumber : CNA/FZ/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.