Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelab Masyarakat Fernvale baru dibuka rasmi hari ini

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Sep 2022 06:49PM Dikemas Kini : 25 Sep 2022 08:38PM
SINGAPURA: Kelab Masyarakat Fernvale yang baru, menempatkan sebuah pusat penjaja dan pasar.

Sebagai sebahagian daripada ujian rintis, para penduduk boleh membeli bahan mentah di pasar dan mendapatkan gerai untuk memasaknya.

Berikut adalah antara kemudahan-kemudahan yang ada di Kelab Masyarakat (CC) Fernvale baru yang disasarkan bagi keluarga muda di kawasan Ang Mo Kio.

Golongan itu membentuk sekitar 25 peratus daripada jumlah penduduk di Fernvale.

Lebih ramai keluarga muda dijangka berpindah ke Fernvale dalam masa beberapa tahun akan datang.

Bagi menampung keperluan para penduduknya pelbagai kemudahan seperti bank, pusat pengayaan serta ruang belajar dan kerja juga disediakan.

"Apabila kami merancang bandar baru seperti Fernvale, kami bertanya kepada diri sendiri - bagaimana kami boleh menyatukan penduduk daripada semua kaum dan latar belakang? Bagaimana kami boleh menggalak interaksi lebih baik untuk membuat mereka rasa menjadi sebahagian daripada masyarakat serta memupuk masyarakat yang bertenaga?" kata Perdana Menteri, Lee Hsien Loong yang hadir pada acara perasmian Kelab Masyarakat Fernvale.

"Prasarana awam memainkan peranan besar dalam perkara ini. Para penduduk memerlukan ruang dikongsi untuk bertemu, berinteraksi dan membina semangat bersatu. Kami mereka Kelab Masyarakat Fernvale dengan tujuan menjadikannya tempat tumpuan masyarakat, menyatukan penduduk bukan sahaja dari Fernvale tetapi dari merata GRC kami dan tempat-tempat lain," kata Encik Lee.

Kelab Masyarakat Fernvale adalah Kelab Masyarakat kedua di GRC Ang Mo Kio yang mempunyai pusat penjaja dan pasar di bawah satu bumbung.

Sekitar 33 peratus penjajanya berusia tidak lebih 35 tahun dan terdapat hampir 50 gerai secara keseluruhannya.

Untuk ke Fernvale juga dijangka bertambah mudah apabila Fasa 2 lanjutan Buangkok Drive dan laluan menghubungkan dua ekspreswe berdekatan siap.
Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan