Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelab Interact Sembawang galak golongan belia main peranan lebih besar dalam masyarakat

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Jun 2022 08:39PM Dikemas Kini : 15 Jun 2022 10:39PM
SINGAPURA: Golongan belia di Sembawang berpeluang untuk memainkan peranan lebih besar dalam menggalak kesihatan masyarakat.

Sebuah Kelab Interact di estet perumahan itu dilancarkan hari ini (15 Jun).

Ia merupakan program pertama seumpamanya yang diadakan bagi memenuhi keperluan kesihatan awam di estet itu.

Program tersebut diharap dapat diluaskan ke estet-estet perumahan lain.

Pelancaran Kelab Interact Sembawang ini adalah salah satu langkah untuk mempertingkatkan lagi kesejahteraan masyarakat.

Hampir 50 belia berusia antara 15 hingga 19 tahun sudah mendaftar untuk bekerja rapat dengan para penyedia jagaan kesihatan di peringkat akar umbi bagi mendekati masyarakat.

Berucap di pelancaran inisiatif itu, Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung berkata langkah tersebut sehaluan dengan inisiatif Singapura Lebih Sihat yang juga bertujuan meningkatkan lagi kesejahteraan para penduduk tempatan.

Para anggota kelab tersebut juga dapat menyarankan program-program kemasyarakatan baru.

Ini termasuk mengajar tentang tabiat makan yang baik dan senaman kepada murid-murid sekolah rendah.

Selain itu, ada juga rancangan untuk membentuk masyarakat mesra terhadap mereka yang mengalami demensia.
Sumber : CNA/IH/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan