Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelab HEAL buka pusat kelima di Eunos untuk manfaat 1,200 penduduk

Sekitar 1,200 penduduk di sekitar Eunos yang mengalami masalah kesihatan mental dan demensia kini boleh mendapatkan bantuan menerusi pusat kelima dan terbaru Kelab HEAL.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar 1,200 penduduk di sekitar Eunos yang mengalami masalah kesihatan mental dan demensia kini boleh mendapatkan bantuan menerusi pusat kelima dan terbaru Kelab HEAL.

Ia menyediakan khidmat kaunseling dan program pemulihan kepada para pesakit di luar persekitaran klinikal.

Menurut pertubuhan bukan meraih keuntungan itu, lebih ramai orang kini tampil dengan cabaran kesihatan mental.

"Dengan lebih ramai pendekatan kami kepada masyarakat, dan masyarakat juga lebih mengetahui tentang khidmat-khidmat kami, kami berharap untuk menghapuskan, kalau boleh, menghapuskan stigma tentang masalah kesihatan mental dan tentang demensia, dan memberi harapan kepada semua di luar sana, jika kita atau ahli keluarga kita, orang kesayangan kita mempunyai masalah ini, jangan putus harap, perkasakan diri dengan ilmu dan kemahiran yang berguna," kata pengasas dan Presiden Kelab HEAL, Dr Radiah Salim.

Antara khidmat yang ditawarkan di pusat berkenaan adalah khidmat pemulihan bagi para pesakit demensia, serta sesi kaunseling bagi membantu mereka yang mengalami masalah kemurungan atau bipolar, untuk lebih mudah mencari pekerjaan.

Selain itu, pusat itu juga menganjurkan pelbagai kegiatan seperti seni dan kraf tangan supaya para penjaga dapat berehat.

Bagi menggalak inklusiviti, lebih sepertiga daripada kakitangan Kelab Heal merupakan bekas kliennya.
Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan