Kekurangan tenaga kerja, kurang bertutur Bahasa Ibunda di rumah antara cabaran guru Bahasa Ibunda
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Clara Lee)
SINGAPURA: Sekolah-sekolah awam dan pusat-pusat swasta sedang meningkatkan usaha untuk menarik minat kanak-kanak mempelajari Bahasa Ibunda dan mempertingkatkan keupayaan mereka untuk berdwibahasa.
Ini sedang para pendidik di Singapura menghadapi cabaran dalam bentuk kecekapan Bahasa Ibunda yang melemah dan kurang fasih secara keseluruhannya.
Guru-guru Bahasa Melayu dan Tamil telah cuba mencari cara baharu untuk mengajar bahasa ibunda masing-masing di sekolah, terutamanya dengan kekurangan tuisyen atau pilihan pengayaan di luar.
Prasekolah di sini juga menghadapi kekurangan guru Bahasa Mandarin, di tengah-tengah kekurangan minat terhadap sektor itu dan kuota yang ketat untuk mengambil pekerja asing. Ini telah meningkatkan tekanan ke atas guru sedia ada, yang terpaksa mengambil lebih banyak kelas untuk mengisi kekosongan.
MERAPATKAN JURANG TENAGA KERJA
Prasekolah di Singapura memberitahu Mediacorp bahawa jawatan kosong untuk guru Bahasa Mandarin telah mengambil masa selama enam bulan untuk diisi, atau bagi sesetengah kes tidak sama sekali.
Cik Jackie Barkham, pengarah Tadika Swallows and Amazons di Bukit Timah, berkata gurunya terpaksa menggandakan dan menampung dua kelas dan bukan satu kelas sahaja.
“Ia masih baik, tetapi ia bukan sesuatu yang saya mahu tawarkan. Masa yang mereka luangkan antara satu sama lain (dan) pendedahan kepada bahasa yang diperolehi setiap kanak-kanak masih berkurangan,” katanya.
PENDEKATAN PENGAJARAN BARU
Bagi ibu bapa yang anak-anak mereka mengambil Bahasa Melayu atau Tamil sebagai Bahasa Ibunda, tidak banyak pilihan tuisyen atau pengayaan untuk menambah pelajaran sekolah.
Ini telah mendorong pihak sekolah untuk memikirkan pendekatan pengajaran baharu untuk menarik minat pelajar untuk belajar dan menjadi lebih mahir dalam Bahasa Ibunda mereka.
Terdapat penekanan yang lebih besar terhadap interaksi dan penggunaan teknologi dalam format pembelajaran baharu yang sedang dijalankan di beberapa sekolah rendah, yang akan dilancarkan secara berperingkat di seluruh Singapura pada tahun depan.
Dalam kelas Bahasa Melayu di Sekolah Perempuan Haig, murid Darjah 1 mempelajari tentang angka melalui lagu dan abjad daripada bercerita.
“Sekarang ini kita lihat para murid tidak begitu mahir dalam Bahasa Melayu, kerana di rumah selalunya mereka bercakap dalam Bahasa Inggeris bersama ibu bapa. Jadi apabila mereka datang ke sekolah, mereka cenderung bercakap dalam Bahasa Inggeris,” kata guru Bahasa Melayu Rita Zulkarnain Taha kepada Mediacorp.
“Jadi sukatan pelajaran baharu menggalak murid berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Jadi apabila mereka bercakap dengan rakan-rakan mereka, mereka akan bercakap dalam Bahasa Melayu, walaupun tatabahasa mereka tidak betul.”
Penggunaan Bahasa Ibunda sudah menurun, menurut Kementerian Pendidikan (MOE).
Peratusan murid Darjah 6 yang kebanyakannya bertutur dalam Bahasa Melayu dengan rakan-rakan sebaya mereka turun kepada 40 peratus pada 2021 – separuh daripada jumlah yang dicatatkan sedekad yang lalu.

Sumber : CNA/AW/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.