Kekerasan fizikal, gangguan online terhadap pemandu bas makin meningkat; kesatuan perluas sokongan kesejahteraan
Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu bas SBS Transit Chooi Mun Sing berkata pertikaian semasa di jalan raya kemudian ditularkan online menyebabkan beliau tertekan.
- NTWU dan pengendali seperti SBS Transit memperkukuh sokongan kesihatan mental serta kaunseling untuk pemandu bas akibat peningkatan kes gangguan dan kekerasan di Singapura.
- Data LTA menunjukkan kes kekerasan fizikal terhadap pemandu bas meningkat dari 26 pada 2024 kepada 35 pada 2025, dengan 10 kes direkodkan sehingga April.
- Pemandu seperti Encik Chooi Mun Sing mengalami tekanan emosi akibat insiden kekasaran dan penyebaran video di media sosial, mendorong keperluan sokongan tambahan.
- NTWU juga merancang kempen kesedaran awam dan pendidikan untuk memupuk sikap hormat terhadap pekerja pengangkutan awam serta memperluas bantuan kaunseling.
SINGAPURA: Kesatuan yang mewakili pekerja pengangkutan awam di Singapura kini sedang berusaha untuk memperkukuh sokongan kesihatan mental dan khidmat kaunseling bagi pemandu bas yang berdepan gangguan atau kekasaran dan penganiayaan semasa bertugas.
Langkah ini diambil berikutan kenaikan jumlah kes kekerasan fizikal yang dilaporkan terhadap pemandu bas, serta kebimbangan mengenai gangguan online yang menyasarkan pekerja pengangkutan.
Menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), sebanyak 35 kes kekerasan fizikal terhadap pemandu bas dilaporkan pada 2025 - meningkat daripada 26 kes pada 2024. Setakat bulan April tahun ini, sebanyak 10 kes sudah direkodkan.
TEKANAN EMOSI DAN MENTAL
Bagi seorang pemandu bas SBS Transit, Encik Chooi Mun Sing, satu kejadian yang berlaku baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya.
Pada akhir Mac lalu, semasa beliau sedang memandu bas nombor 88 berhampiran Hab Ang Mo Kio, beliau menyedari sebuah lori dan sebuah motosikal berhenti di dalam zon perhentian bas, lalu menghalang laluan basnya.
"Saya memberitahu mereka bahawa mereka telah menghalang laluan, tetapi mereka mula melemparkan kata-kata kesat kepada saya," katanya kepada Mediacorp.
"Saya benar-benar terkejut. Saya tidak tahu apa yang harus dilakukan."
Encik Chooi melaporkan kejadian itu kepada penyelianya dan kemudian membuat aduan polis. Namun, penderitaannya tidak berakhir di situ.
Video kekecohan tersebut kemudian tular dan dikongsi di media sosial. Menurut beliau, hal ini menyebabkan tekanan emosi dan mental yang lebih teruk. Pengalaman itu sangat mengganggu perasaannya sehinggakan beliau terfikir untuk menukar laluan khidmat basnya.
GANGGUAN ONLINE JADI KEBIMBANGAN
Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU) menyatakan bahawa pihaknya kini semakin bimbang tentang gangguan yang ditujukan kepada pekerja pengangkutan awam.
"Kami mendapati sejak kebelakangan ini, terdapat banyak kes gangguan yang menyasarkan pemandu bas dan pekerja pengangkutan awam kami," kata Setiausaha Eksekutif NTWU merangkap Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Yeo Wan Ling.
"Sesetengahnya adalah gangguan fizikal, manakala yang lain adalah gangguan online, buli siber, atau doxxing (perbuatan mendedahkan maklumat peribadi di media social dengan niat jahat).
"Perkara seumpama ini tidak boleh dibiarkan sama sekali, dan kami berharap para penumpang tahu bahawa perjalanan pengangkutan awam yang baik bermula daripada sikap saling hormat-menghormati," tambahnya.
Akta Perlindungan Daripada Gangguan (POHA) menyediakan perlindungan undang-undang terhadap gangguan, perbuatan mengekori mangsa, buli siber, dan doxxing - iaitu perbuatan menyebarkan maklumat peribadi dengan niat untuk menyebabkan tekanan atau memudahkan gangguan.
Dalam jawapannya di parlimen awal tahun ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) menyatakan bahawa dari tahun 2021 hingga 2025, secara purata sebanyak 60 kes dilaporkan setiap tahun di bawah Akta POHA yang melibatkan pekerja pengangkutan awam yang diganggu oleh penumpang semasa menjalankan tugas.
Bagaimanapun, pihak kementerian tidak memantau berapa banyak daripada kes tersebut yang secara khusus melibatkan dakwaan berlaku gangguan online.
GANGGUAN BOLEH MULA DARI PERTIKAIAN KECIL
Pengendali pengangkutan awam memberitahu Mediacorp bahawa kejadian gangguan terhadap pekerja mereka bukanlah sesuatu yang luar biasa.
SBS Transit menyaksikan sekitar dua hingga tiga kes berlaku pada setiap minggu, menurut Ketua Operasi Basnya, Encik Bernard Goh.
"Kes-kes ini merangkumi gangguan - sama ada secara fizikal mahupun lisan - dan beberapa pertelingkahan antara penumpang di dalam bas serta pemandu di jalan raya," katanya.
"Kes sebegini boleh berpunca daripada perkara sekecil isu pembayaran tambang, makan di dalam bas, dan penumpang yang terlepas perhentian bas mereka."
Bagi mempersiapkan kakitangan menghadapi situasi sedemikian, pemandu bas diberikan latihan dalam pengurusan konflik dan teknik meredakan keadaan sebelum mereka mula bekerja.
Mereka juga diajar untuk menjaga jarak yang selamat daripada individu yang agresif dan tidak memburukkan lagi keadaan, tambah Encik Goh.
Sekiranya pertelingkahan menjadi semakin tegang dan menjejaskan penumpang lain, pemandu bas boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi mereka. Pusat ini akan menilai sama ada bantuan polis diperlukan atau sama ada pemeriksa trafik bergerak perlu dikerahkan ke lokasi.
Setiap bas SBS Transit juga dilengkapi dengan sekurang-kurangnya 12 kamera litar tertutup (CCTV), yang membolehkan pihak pengendali menyemak semula kes yang berlaku, kata Encik Goh.
Selepas kejadian buruk sedemikian, para penyelia akan menilai keadaan emosi pemandu dan boleh merujuk kakitangan yang terkesan untuk mendapatkan khidmat kaunseling profesional. Pihak syarikat juga membiayai sesi kaunseling dan, jika perlu, kos tindakan undang-undang.
KESATUAN MAHU LEBIH BANYAK SIKAP HORMAT, SOKONGAN
NTWU menyatakan bahawa ia bekerjasama rapat dengan pengendali pengangkutan awam setiap kali kes gangguan berlaku. Ini termasuk menemani pekerja semasa aduan polis dibuat dan membantu mereka mendapatkan sokongan undang-undang.
"Satu lagi perkara yang sedang diteliti oleh NTWU adalah untuk mempertingkatkan sokongan kesihatan mental yang boleh kami sediakan untuk pemandu bas atau pekerja pengangkutan yang sedang melalui fasa buli siber dan berasa tertekan dari segi mental," tambah Cik Yeo.
"Kami juga sedang merancang untuk menyediakan bantuan kaunseling, contohnya, dan saya rasa ini akan meningkatkan jenis bantuan yang akan mereka terima selain daripada apa yang disediakan oleh majikan mereka."
Selain daripada langkah sokongan, NTWU juga mahu mempertingkatkan kesedaran dan pendidikan awam yang lebih meluas tentang cara melayan pekerja pengangkutan dengan penuh hormat.
Cik Yeo berkata kesatuan tersebut telah berbincang mengenai kemungkinan mengadakan kempen awam bersama Majlis Pengangkutan Awam untuk memupuk sikap baik hati terhadap kakitangan barisan hadapan pengangkutan.
Singapura sememangnya sudah mengadakan Hari Penghargaan Pekerja Pengangkutan Awam yang diraikan setiap tahun. Inisiatif seperti Minggu Penumpang Prihatin pula bertujuan untuk mempromosikan budaya pengangkutan awam yang lebih sopan dan bertolak ansur.
Cik Yeo berharap agar mesej tentang kebaikan dan rasa hormat terhadap pekerja pengangkutan awam dapat menjadi peringatan sepanjang tahun buat semua penumpang.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.