Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kekayaan sejarah koperatif S'pura dibukukan

Bersempena Dwiabad Singapura, Presiden Halimah Yacob melancarkan buku 'Singapore Co-operatives, Singapore Stories', memperingati kejayaan Persekutuan Koperatif Kebangsaan Singapura (SNCF) .

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Oct 2019 11:39PM Dikemas Kini : 18 Oct 2019 11:48PM

SINGAPURA: Bersempena Dwiabad Singapura, Presiden Halimah Yacob melancarkan buku 'Singapore Co-operatives, Singapore Stories', memperingati kejayaan Persekutuan Koperatif Kebangsaan Singapura (SNCF) .

Buku tersebut mengimbas kekayaan sejarah koperatif Singapura sejak ia pertama kali didaftarkan pada 7 Oktober 1925 dan sumbangan-sumbangan penting yang telah membentuk Singapura hari ini.

Presiden Halimah menulis undang-undang SNCF apabila ia ditubuhkan pada 1980, ketika beliau seorang pegawai guaman di Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).

Pelancaran buku itu juga menandakan permulaan sebuah karnival tiga hari untuk memperingati tamatnya pameran sepanjang tahun bertemakan seni yang bermula September tahun lalu.

Dengan tema 'Bersama Lebih Baik', pameran terakhir itu akan membawa pengunjung melayari perjalanan visual, mengimbas sejarah koperatif Singapura dari abad 1900 hingga ke hari ini, sambil meneroka peluang-peluang masa depan.

Sumber : CNA/SY/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa