Kek perisa pisang, produk buah campuran ditarik balik; dikesan kandungi alergen, pengawet berlebihan
Gambar: SFA
SINGAPURA: Arahan tarik balik produk dikeluarkan kepada Best One Assorted Cake (kek perisa pisang) dan buah-buahan campuran Bake King, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Rabu (27 Jul).
Asid sorbik pada paras yang melebihi had maksimum, seperti dinyatakan di bawah Peraturan Makanan Singapura, dikesan dalalam Best One Assorted Cake (perisa pisang).
Kek-kek yang terjejas, diimport oleh Deli X-press. mempunyai tarikh luput 31 Ogos 2022. Produk itu dikeluarkan oleh negara Malaysia.
"Asid sorbik adalah bahan tambahan makanan yang dibenarkan, yang digunakan bagi tujuan mengawet," jelas agensi itu.
SFA menambah bahawa pengambilan produk terjejas itu tidak berkemungkinan menimbulkan sebarang kesan buruk kepada kesihatan disebabkan paras toksik yang rendah.
Pengilang Gim Hin Lee diarahkan supaya menarik balik produk buah-buahan campuran Bake King selepas sulfur dioksida, alergen yang tidak diisytiharkan, dikesan.
Kesemua produk dengan semua tarikh luput terjejas oleh penarikan balik tersebut.
Paras sulfur dioksida berlebihan dalam makanan boleh menyebabkan alahan bagi mereka yang sangat sensitif kepada sulfit, menurut SFA dalam satu kenyataan media.
"Gejala termasuk gatal-gatal, sakit perut, cirit-birit dan muntah. Kehadiran sulfit tidak menimbulkan isu keselamatan makanan kepada pengguna secara am, kecuali bagi mereka yang alah kepada sulfit".
Produk makanan yang mengandungi bahan yang diketahui menyebabkan hipersensitiviti harus diisytiharkan pada label bungkusan makanan, menurut Penjualan Makanan (Peraturan Makanan).
Para pengguna yang sudah membeli produk terjejas itu dan mempunyai kebimbangan tentang kesihatan mereka tidak seharusnya memakan produk tersebut. Pengguna juga boleh menghubungi kedai pembelian mereka jika ada sebarang pertayaan, menurut SFA.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.