Skip to main content

Singapura

Keju import dari Perancis di Cold Storage ditarik balik kerana 'mungkin dicemari' bakteria

Satu produk keju diimport dari Perancis ditarik balik kerana "mungkin dicemari" sejenis bakteria, iaitu listeria monocytogenes, yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Anggaran Waktu Membaca:
Keju import dari Perancis di Cold Storage ditarik balik kerana 'mungkin dicemari' bakteria

Cantorel’s Plateau 5 Fromages ditarik balik. (Gambar: SFA)

Diterbitkan : 11 Dec 2021 09:11PM Dikemas Kini : 11 Dec 2021 09:13PM

SINGAPURA: Satu produk keju diimport dari Perancis ditarik balik kerana "mungkin dicemari" sejenis bakteria, iaitu listeria monocytogenes, yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Arahan penarikan balik Cantorel’s Plateau 5 Fromages awalnya dikeluarkan oleh pihak berkuasa Eropah.

Memandangkan produk terbabit diimport ke negara ini, Agensi Makanan Singapura (SFA) hari ini (11 Dis) menyatakan ia sudah mengarahkan Cold Storage Singapore (1983) Pte Ltd supaya menarik balik produk tersebut.

Produk-produk terjejas sudahpun dialihkan daripada kedai-kedai Cold Storage dan tidak lagi berada di pasaran.

Produk-produk terjejas adalah Plateau 5 Fromages yang disediakan dalam kotak-kotak 300 gram dengan tarikh luput 3 Januari 2022.

Listeria monocytogenes adalah sejenis bakteria patogenik yang boleh menyebabkan keracunan makanan, dengan simptom-simptom seperti demam, sakit perut dan cirit-birit.

"Mereka yang sudah membeli produk terjejas dinasihatkan supaya tidak memakannya," menurut SFA sambil menambah bahawa mereka yang sudah memakannya dan berasa bimbang, boleh mendapatkan nasihat pakar perubatan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita