Kejohanan Futsal MEMBINA himpun 150 belia dari pelbagai latar belakang
Peserta termasuk pelajar yang tercicir, serta pelajar dari ITE dan universiti.
Acara itu menekankan bagaimana sukan dapat menyatukan masyarakat dan memperkasa pembangunan komuniti, sambil membuktikan bahawa minat yang sama terhadap sukan mampu merapatkan jurang perbezaan serta mencetuskan hubungan bermakna antara satu sama lain.
Perlawanan yang berlangsung di padang futsal Kick Off @ Kovan itu dianjurkan oleh MEMBINA Community, sebuah pertubuhan belia yang bukan berasaskan keuntungan yang baru ditubuhkan untuk menyokong dan memberi semangat kepada belia Melayu/Islam yang berisiko serta kurang bernasib baik di sini.
Acara itu menyediakan ruang yang selamat bagi para belia dari pelbagai latar belakang pendidikan dan sosial untuk menggalakkan pembangunan masyarakat.
Mereka berpeluang untuk berhubung, bersaing, dan menyuntik inspirasi kepada satu sama lain sambil
mewujudkan impak positif di luar padang futsal.
SESI BIMBINGAN KILAT
Sesi bimbingan kilat juga diadakan, di mana mentor dan belia berkongsi pengalaman, nasihat, dan dorongan.
Sesi-sesi itu memberi peluang kepada peserta untuk membina hubungan bermakna dengan individu yang memberi contoh teladan.
"Ia adalah sebuah platform di mana belia daripada pelbagai latar belakang bersama untuk mencari titik persamaan, membina persahabatan dan memberi inspirasi kepada satu sama lain melalui bentuk bimbingan yang tidak konvensional seperti kerja berpasukan dan berkongsi pengalaman," kata Cik Husna.
Cik Husna juga menekankan bahawa MEMBINA Community terbuka untuk semua, dengan misi untuk memupuk hubungan dan daya tahan di kalangan belia yang kurang bernasib baik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.