Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kejayaan masyarakat Melayu/Islam hasil komitmen dan kerjasama kuat pelbagai pihak: Masagos

Mereka yang berjaya faham bahawa mereka bukan sahaja berjaya kerana kepintaran mereka sendiri tetapi ia dibolehkan sistem dan sokongan negara serta masyarakat: Masagos

Anggaran Waktu Membaca:
Kejayaan masyarakat Melayu/Islam hasil komitmen dan kerjasama kuat pelbagai pihak: Masagos

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli.

SINGAPURA: Sumbangan dan kerjasama pelbagai pihak di peringkat negara dan masyarakat telah menyumbang kepada kejayaan masyarakat Melayu Islam selama ini.

Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli semasa mengulas ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan Perdana Menteri Lee Hsien Loong Lee pada Ahad (21 Ogos).

PM Lee dalam ucapannya menarik perhatian kepada rangkaian kukuh serta komitmen pelbagai pihak di peringkat individu dan masyarakat dan juga Pemerintah dalam kemajuan orang Melayu/Islam di sini.

Beliau antara lain mengiktiraf sumbangan besar Yayasan MENDAKI yang bakal meraikan ulang tahunnya yang ke-40 tahun ini.

Encik Lee memuji sumbangan ketara MENDAKI yang memberi penekanan kepada pendidikan sebagai kunci kemajuan sosio-ekonomi masyarakat Melayu/Islam selama ini.

Encik Masagos menggariskan tiga ciri penting yang menyumbang kepada kejayaan tersebut.

“Pertama, sumbangan Pemerintah dalam membangun dan memberi kejayaan yang bermakna kepada masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

"Kedua, sumbangan masyarakat sendiri dalam menyedarkan dan menggerakkan masyarakat supaya meraih pencapaian yang bermakna melalui pendidikan dan ketiga bagaimana mereka yang berjaya kembali untuk memberi sumbangan, terus memberikan peningkatan kepada masyarakat kita," kata Encik Masagos.

"Ini merupakan satu lingkaran yang sangat baik kerana mereka yang berjaya faham bahawa mereka bukan sahaja berjaya kerana kepintaran mereka sendiri tetapi ia dibolehkan sistem dan sokongan negara serta masyarakat," ujar Encik Masagos yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Sepanjang dekad lalu hampir 500 pelajar berjaya menerima Anugerah Cemerlang MENDAKI berbanding hanya segelintir sahaja bagi 10 tahun pertama MENDAKI ditubuhkan.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan