Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kehamilan tidak dirancang naik, 10% wanita hamil dapat rujukan gugurkan kandungan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Nov 2023 07:36PM Dikemas Kini : 20 Nov 2023 08:31PM
SINGAPURA: Jumlah kehamilan tidak dirancang semakin meningkat, dengan sekitar 10 peratus daripada mereka mendapatkan rujukan untuk menggugurkan kandungan.

Demikian menurut dapatan kajian Poliklinik Singhealth yang mengumpulkan maklumat daripada lebih 9,700 wanita dari pertengahan tahun 2017 hingga 2020.

Untuk tahun 2020 sahaja, 340 wanita pergi ke poliklinik untuk mendapatkan rujukan kepada pakar sakit puan bagi menggugurkan kandungan mereka.

Dua tahun sebelum itu, hanya 210 wanita melakukannya.

Ini merupakan kenaikan 60 peratus sepanjang tempoh dua tahun.

Ramai daripada wanita tersebut belum berkahwin dan berusia di bawah 20 tahun atau di atas 40 tahun.

Kebanyakan mereka juga datang daripada keluarga berpendapatan rendah atau tidak mempunyai pengalaman menggunakan alat pencegah kehamilan.

Poliklinik SingHealth menyatakan, sekitar 25 peratus kehamilan yang tidak dirancang berakhir dengan pengguguran.

Pengguguran berisiko menjejas kesihatan reproduktif wanita dan pengguguran berulang boleh mengakibatkan wanita mengalami anemia kerana kehilangan darah, tambah Poliklinik SingHealth.

Maka itu, pihak SingHealth menggesa agar khidmat perancangan keluarga yang lebih baik disediakan, selain menekankan bahawa kaum Adam juga punya peranan dalam perancangan keluarga.
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan