Kehadiran Menteri Edwin Tong dialu-alukan selepas Joo Chiat diserap ke dalam GRC East Coast
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata pasukan GRC East Coast mengalu-alukan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong ke kawasan undi itu.
Encik Heng berkata pasukannya akan bekerjasama dengan Encik Tong sehingga pencalonan dimuktamadkan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong.
Encik Tong, Anggota Parlimen bagi GRC Marine Parade, menyaksikan divisyen Joo Chiatnya diserap ke dalam GRC East Coast.
Encik Heng bercakap kepada para wartawan selepas beramah mesra dengan penduduk di Simei Plaza.
Ini adalah hujung minggu pertama di mana pasukan beliau bertemu dengan penduduk sejak sempadan kawasan undi disemak semula pada awal minggu ini.
Encik Heng disertai para AP lain daripada pasukan GRC East Coast.
Encik Tong tidak hadir bagi acara ini kerana berada di Hong Kong untuk lawatan kerja.
Pasukan GRC East Coast pula menyatakan ia juga sudah mula mendampingi penduduk dari estet-estet Chai Chee.
Apabila ditanya tentang perubahan pada sempadan kawasan undi itu, Encik Heng berkata langkah-langkah itu diperlukan untuk mencerminkan profil yang berubah dalam kalangan penduduk.
Beliau menambah ia terserah kepada PM Wong untuk memutuskan bagaimana pasukan itu akan membahagi-bahagikan tugas.

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.