Skip to main content

Singapura

Kegiatan pengilangan S'pura catat pertumbuhan 21 bulan berturut-turut pada Mac

Anggaran Waktu Membaca:
Kegiatan pengilangan S'pura catat pertumbuhan 21 bulan berturut-turut pada Mac

Gambar fail sektor pengilangan di Singapura. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 05 Apr 2022 07:49AM Dikemas Kini : 05 Apr 2022 07:50AM

SINGAPURA: Kegiatan pengilangan di Singapura semakin berkembang buat 21 bulan berturut-turut pada Mac meskipun pada kadar lebih perlahan berbanding bulan sebelumnya.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) merosot daripada 50.2 kepada 50.1, menurut data yang dikeluarkan Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan Singapura (SIPMM) pada Isnin (4 Apr).

Bacaan PMI melebihi 50 menandakan ekonomi pengilangan secara amnya berkembang manakala bacaan di bawah kadar itu menunjukkan penguncupan.

Bacaan terbaru PMI itu disebabkan oleh kadar pertumbuhan lebih perlahan dalam indeks pesanan baru serta kadar penguncupan lebih pantas dalam indeks inventori.

Namun, indeks export baru dan pekerjaan mencatatkan kadar pertumbuhan lebih pantas, menurut SIPMM.

Indeks barangan import, harga input dan tunggakan pesanan meningkat pada kadar lebih pantas sementara indeks penghantaran pembekal
mencatat kadar pertumbuhan lebih perlahan.

"Di tengah-tengah tekanan kos yang semakin meningkat, indeks harga input pada 51.9 merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan sejak Oktober 2013, apabila bacaan ketika itu adalah 53.0," menurut SIPMM.

Naib Presiden SIPMM bagi pelibatan dan pembangunan industri, Sophia Poh, berkata bahawa secara keseluruhan, sektor pengilangan menamatkan suku pertama dengan pertumbuhan yang sederhana.

"Konflik Rusia-Ukraine yang berlarutan menjejas sektor pengilangan dengan kebimbangan mengenai kos tenaga dan gangguan bekalan. Keadaan diburukkan lagi dengan tekanan inflasi yang meningkat," kata beliau.

PMI bagi sektor elektronik pada Mac merosot 0.1 berbanding bulan sebelumnya dan mencatat pertumbuhan lebih perlahan pada 50.4 buat bulan ke 20 berturut-turut.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita