Kegiatan kilang SG tumbuh buat 14 bulan berturut-turut tetapi pada rentak lebih perlahan
Kegiatan pengilangan Singapura berkembang buat 14 bulan berturut-turut pada Oktober tetapi pada rentak lebih perlahan.
(Gambar hiasan: TODAYonline)
Penyusutan ini sebahagian besarnya disebabkan kadar pesanan baharu, eksport dan pengeluaran yang lebih rendah.
Indeks Pembelian Pengurus (PMI) yang dicatat turun dari 51 mata pada September kepada 50.8 pada bulan lalu. Bacaan melebihi 50 mata menunjukkan pengembangan.
Syarikat-syarikat dalam sektor elektronik juga melaporkan kadar pertumbuhan lebih perlahan walaupun prospek pekerjaannya positif.
Seorang pakar menarik perhatian bahawa sektor pengilangan Singapura mungkin berdepan ketidakstabilan sepanjang beberapa bulan akan datang.
Penasihat Ekonomi CGS International Singapore, Song Seng Wun akur "Singapura menunjukkan keupayaan untuk berdaya bingkas dalam beberapa industri utama tertentu (seperti) kejuruteraan pengangkutan dan teknologi".
Malangnya, tambah beliau, terdapat ketidakpastian disebabkan begitu banyak risiko luaran yang dihadapi.
"Salah satunya adalah geopolitik. Satu lagi persoalan adalah... adakah pertumbuhan pada rentak lebih perlahan dalam sektor pengilangan akan turut menjejas sektor perkhidmatan?"
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.