Kegiatan dan program Raikan Ilmu@Heartlands 2025 naik 25% berbanding 2024
Acara Raikan Ilmu@Kejiranan 2025 anjuran Yayasan MENDAKI, menyediakan lebih 100 kegiatan dan program menarik untuk para pengunjung.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Acara Raikan Ilmu@Kejiranan 2025 anjuran Yayasan MENDAKI, menyediakan lebih 100 kegiatan dan program menarik untuk para pengunjung.
Jumlah itu 25 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.
Acara tersebut ingin mengajak masyarakat meneroka pelbagai peluang pembelajaran, latihan dan pekerjaan.
Antara bidang yang menjadi tumpuan baharu dalam acara tahun ini termasuklah yang berkaitan dengan kemampanan dan sekitaran.
Penolong Pengarah, Kumpulan Pendekatan Masyarakat di Mendaki, Encik Nur Rahimi Mohamed Azmi berkata: "Kita sertakan bidang ini untuk tingkatkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar untuk masa depan. Ini juga beri peluang kepada belia kita untuk teroka sektor pertumbuhan."
Raikan Ilmu@Kejiranan 2025 membuka tirainya di Hab Tampines Kita (OTH) pada hujung minggu ini (12 & 13 Jul).

Acara itu diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi MENDAKI, Encik Zaqy Mohamad, yang juga Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran.
Beliau bersama para Anggota Parlimen lain turut melakukan pelbagai jenis kegiatan yang tersedia termasuk mengawal kapal terbang menerusi kaedah Realiti Tambahan (AR) dan juga menyelami dunia Kecerdasan Buatan (AI).

Semua kegiatan yang disediakan itu yang juga termasuk bengkel drama dan dikir barat, ditawarkan secara percuma.
"Ini merupakan tahun kedua kami adakan Raikan Ilmu@Kejiranan di Hab Tampines Kita. Alhamdulillah, kami dapat sambutan yang menggalakkan tahun lalu dan juga tahun ini. Ini adalah sebahagian daripada usaha MENDAKI untuk mendekati masyarakat, khususnya keluarga yang mempunyai kanak-kanak kecil, belia dan pekerja. Kami harap aktiviti-aktiviti ini dapat beri pendedahan kepada teknologi dan kemahiran moden serta pupuk semangat belajar sepanjang hayat dalam masyarakat kita," ujar Encik Nur Rahimi.
BERITA MEDIACORP SEDIA STUDIO MINI, PENGUNJUNG JADI PENYAMPAI BERITA
Satu lagi reruai yang menjadi tumpuan ramai adalah studio mini BERITA Mediacorp.
Ia juga kali pertama BERITA Mediacorp menyuntik unsur peraduan dalam kempen Raikan Ilmu@Kejiranan, untuk menggalak para pengunjung, tidak kira usia, menyelami sendiri apa rasanya menjadi penyampai berita.

Peraduan itu merangkumi dua kategori iaitu kategori pelajar dan kategori dewasa dan penyampaian peserta diadili oleh penyampai Berita, Fariza Abdul Aziz dan Rosli A Razak.
Cik Fariza berkata: "Ini adalah usaha berterusan BERITA Mediacorp untuk mendekati masyarakat. Selain daripada peluang menyampai berita, para pengunjung yang ke reruai kami juga dapat melihat kerja-kerja di balik tabir BERITA, mengenali kami dengan lebih rapat."
"Saya gembira melihat semangat para peserta yang betul-betul menelaah skrip, menderas dalam tempoh yang agak singkat tetapi mereka tetap tampil yakin membaca berita di depan 'teleprompter'," tambahnya lagi.
Para pemenang serta para peserta lain peraduan itu amat mengalu-alukan kegiatan membaca berita itu.
Pemenang kategori pelajar, Farihah Andriyani Putri Ferhan, 10 tahun, berkata: "Tadi saya rasa gementar tetapi apabila sudah mula membaca, saya rasa tenang."
"Saya memang selalu nak baca berita tetapi saya tidak pernah cari tempat yang saya boleh buat demikian. Sekarang saya dapat betul-betul baca berita di hadapan semua orang," kata pelajar Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah itu lagi.
Pemenang kategori dewasa, Cik Nadirah pula berkata: "Pastinya pengalaman baharu .Saya pun tidak pernah cuba. Dengan ada wadah atau peluang sebegini, saya rasa ia amat menarik dan kita dapat tahu pengalaman penyampai berita yang sebenar."
Peraduan Baca Berita akan sekali lagi diadakan pada Ahad (13 Jul) untuk kategori Duet Keluarga pula.
Para pengunjung yang berminat untuk mengambil bahagian perlu berdaftar di OTH pada pukul 12.00 tengah hari.
Raikan Ilmu@Kejiranan di Hab Tampines Kita akan diteruskan lagi pada Ahad (13 Jul) sebelum 'berpindah' ke kejiranan Choa Chu Kang dan Yishun dalam dua minggu akan datang.

Sumber : BERITA Mediacorp/HK/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.