Skip to main content

Singapura

Kegiatan bagi warga tua di pusat-pusat tertentu kini dibenarkan bermula

Warga tua kini dibenarkan untuk menyertai kegiatan berkumpulan seperti kegiatan senaman dan bermainan permainan papan yang dihadkan kepada lima orang dalam satu kumpulan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Sep 2020 10:19PM Dikemas Kini : 19 Sep 2020 10:49PM

SINGAPURA: Warga tua kini dibenarkan untuk menyertai kegiatan berkumpulan seperti kegiatan senaman dan bermainan permainan papan yang dihadkan kepada lima orang dalam satu kumpulan.

Namun begitu, sekatan itu bermakna pusat-pusat kegiatan warga tua berdepan dengan cabaran menyertakan lebih ramai peserta dan mematuhi had sekatan berkenaan.

Salah satu pusat itu adalah Pusat Kegiatan Warga Tua di Mei Ling Street.

Sebelum ini, hampir tiga bulan kegiatan berkumpulan tidak dibenarkan di pusat itu disebabkan peraturan jarak selamat.

Kini, beberapa kegiatan dimulakan tetapi warga tua perlu berada dalam lima anggota sekumpulan dan mematuhi jarak selamat satu meter.

Bagaimanapun, ada warga tua ditemui masih rasa seronok melakukan runtin senaman mingguan mereka.

Cik Tam Yoke Lin berkata: "Bagi kami warga tua ini adalah sangat baik. Jika kami berada di rumah sepanjang masa juga tidak bagus, kami akan jatuh sakit, pening kepala dan sakit badan. Jika kita ke sini, kami boleh berbual dan lebih gembira."

Bagi satu lagi pusat kegiatan, Lions Befrienders, sekitar 50 hingga 60 warga tua menyertai kegiatan sebelum pandemik COVID-19.

Namun kini, hanya separuh daripada jumlah itu dibenarkan.

Pengurus Kanan Pusat Lions Befrienders Molly Lek berkata: "Apabila ada sekatan atau membolehkan jumlah warga tua yang terhad datang dengan temu janji, ia akan membawa kepada rasa kurang senang warga lain yang mungkin tidak mempunyai peluang untuk datang secara kerap.

"Merancang kegiatan juga satu isu seperti kegiatan bernyanyi kerana kami tidak dibenarkan mengadakan sesi karaoke buat masa ini. Ini bermakna akses terhad menjadi kepada kegiatan berulang."

Di sebuah lagi Pusat Kegiatan Warga Tua di Toa Payoh, sesi-sesi di sebelah pagi selalunya ditempah kerana hanya 20 peserta dibenarkan dalam kemudahan itu.

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita