Skip to main content

Singapura

Kegagalan patuhi protokol punca khidmat MRT Laluan Circle terganggu

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Sep 2024 07:33PM Dikemas Kini : 26 Sep 2024 11:53PM
SINGAPURA: SMRT menyatakan, terdapat kesilapan protokol yang menyebabkan khidmat MRT Laluan Circle terganggu minggu lalu.

Gangguan pada 17 September itu berlaku hampir dua jam dan terjejas sekali lagi pada keesokan harinya.

SMRT menambah, ia juga sedang menyiasat punca satu kebakaran yang berlaku pada 18 September.
Berhubung kejadian pada 17 September, SMRT menyatakan pasukan penyenggaraan gagal mematuhi protokol standard.

Iaitu, mereka menjalankan kerja pembetulan semasa waktu MRT beroperasi tanpa kelulusan yang sepatutnya.

Kejadian berlaku apabila pemutus litar yang memantau keselamatan MRT mengalami masalah elektrik.

Sewaktu menyelesaikannya, satu lagi pemutus litar menghadapi masalah.

Gangguan pada 18 September pula berlangsung selama 15 minit apabila kebakaran berlaku di salah satu bilik sistem tenaga di Depoh Kim Chuan.

SMRT menyatakan, ia sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa pengangkutan untuk menyemak semula rekaan sistemnya.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita