Kedutaan Israel di SG diminta padam catatan FB 'yang tidak boleh diterima sama sekali' mengenai Palestin: Shanmugam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah mengarahkan kedutaan Israel di Singapura supaya memadam satu hantaran Facebook, yang "tidak boleh diterima sama sekali", yang membandingkan Israel dengan Palestin.
Demikian didedahkan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam.
Pada Ahad (24 Mac), akaun Facebook rasmi kedutaan Israel itu memuat naik satu hantaran, yang mengandungi dakwaan yang membandingkan sebutan Israel dan Palestin dalam al-Quran.
Hantaran tersebut berbunyi: "Israel disebut 43 kali dalam al-Quran, manakala Palestin tidak disebut sama sekali.
"Setiap bukti arkeologi - peta, dokumen, syiling menghubungkan tanah Israel dengan penganut Yahudi sebagai penduduk asli tanah itu."
Hantaran itu kemudiannya dipadam pada hari yang sama.
Bercakap kepada para wartawan pada Isnin, Encik Shanmugam berkata beliau "sangat kecewa" apabila mengetahui mengenai hantaran itu.
Beliau menjelaskan bahawa Kementerian Ehwal Dalam Negeri memaklumkan Kementerian Ehwal Luar, yang kemudian mengarahkan kedutaan Israel supaya hantaran tersebut diturunkan dengan segera.
"Hantaran itu salah pada banyak peringkat," tegas Encik Shanmugam. "Pertama, ia tidak sensitif dan tidak wajar. Ia membawa risiko dalam menjejas keselamatan dan keharmonian kita di Singapura.
"Kami menjaga keselamatan semua di Singapura, kaum majoriti dan minoriti, termasuk penganut Yahudi dan orang Islam," tambahnya.
Menyentuh tentang bagaimana penganut Yahudi di Singapura hanya mempunyai "sedikit kebimbangan mengenai keselamatan mereka", beliau berkata bahawa hantaran sedemikian "mencetuskan ketegangan, dan meletakkan masyarakat Yahudi dalam keadaan berisiko".
"Kemarahan yang tercetus daripada hantaran itu berpotensi melimpah ke (perhubungan) fizikal," katanya.
"Kementerian Ehwal Dalam Negeri telah meminta supaya hantaran itu dipadam dan menekankan pandangan kami dengan jelas kepada kedutaan Israel memandangkan ia tidak boleh diterima dari segi perspektif keselamatan di Singapura.
"Kedua, salah untuk merujuk kepada teks agama secara tertentu sahaja bagi membuat pendirian politik. Lebih-lebih lagi, dalam keadaan sekarang ini, bagi kedutaan Israel untuk menggunakan al-Quran bagi tujuan ini," jelasnya dengan lanjut.
"Ketiga, hantaran ini merupakan percubaan yang menghairankan untuk menulis semula sejarah. Penulis hantaran itu perlu melihat peraturan (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), lihat sama ada tindakan Israel sejak beberapa dekad lalu konsisten dengan undang-undang antarabangsa, sebelum cuba melakar semula sejarah. "
Beliau bagaimanapun menekankan bahawa pemerintah tidak bercampur tangan dengan hantaran tersebut atas dasar itu.
"Kami mengarahkan mereka supaya memadamnya kerana potensi kesan yang mungkin timbul bagi masyarakat majmuk di Singapura," katanya.
Beliau menambah kedutaan tersebut boleh mengeluarkan kenyataan bahawa pemerintah tidak bersetuju, tetapi pemerintah secara dasarnya tidak campur tangan kerana kedutaan mewakili negara yang berdaulat.
"Mereka mempunyai autonomi, tetapi di mana ia menjejas keselamatan dan keamanan rakyat di Singapura, keamanan dan keharmonian yang kita nikmati, kami ambil tindakan dan kami akan campur tangan," tegas menteri itu.
Dalam kenyataan yang berasingan kepada media, Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan pula berkata: "Ia adalah sangat tidak wajar untuk merujuk kepada teks suci untuk membuat pendirian politik. Kami telah menjelaskan perkara ini kepada kedutaan, yang telah memadam hantaran tersebut."

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.