Kedudukan SG pikat jururawat asing, namun usaha perlu dipergiat untuk kekalkan mereka dalam tenaga kerja
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura mempunyai kelebihan bersaingan dalam mendapatkan jururawat asing untuk bekerja di negara ini di tengah-tengah permintaan sejagat yang semakin meningkat bagi golongan pekerja itu.
Menurut para pekerja dan pakar-pakar jagaan kesihatan, hal itu memandangkan Singapura terletak berdekatan dengan negara-negara asal jururawat asing serta proses permohonan yang mudah.
Singapura juga berusaha untuk mencari pengganti bagi para jururawat yang mengundurkan diri sewaktu pandemik, termasuk dengan menawarkan gaji lebih besar. Namun, mengekalkan mereka dalam tenaga kerja sebaliknya menjadi satu masalah, dengan beberapa jururawat memberitahu Mediacorp bahawa mereka sedang mengintai peluang untuk berpindah ke luar negara disebabkan kesulitan untuk menetap di Singapura.
Menurut Lembaga Kejururawatan Singapura (SNB), para jururawat dilatih di luar negara yang berhasrat untuk bekerja di Singapura mesti menduduki peperiksaan perlesenan dan menjalani penilaian kecekapan.
Ini berbeza daripada negara-negara lain seperti Amerika Syarikat (AS) atau United Kingdom (UK), di mana warga asing yang ingin memohon pekerjaan juga perlu mengambil langkah-langkah tambahan seperti menduduki ujian Bahasa Inggeris.
Kos bagi setiap ujian biasanya antara AS$180 (S$247) hingga AS$325 ($447), berdasarkan tempat di mana mereka menduduki ujian itu. Ini secara tidak langsung menghalang segilintir daripada mereka untuk memohon pekerjaan di negara-negara tersebut.
"Para jururawat mempunyai lebih banyak pilihan hari ini berbanding sebelumnya kerana pandemik memaksa orang ramai untuk mengutamakan para jururawat pada dasarnya," kata Profesor Madya Jeremy Lim dari Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock di Universiti Nasional Singapura (NUS).
Profesor Madya Lim menambah bahawa pilihan untuk berada dekat dengan keluarga mereka semasa bekerja di luar negara merupakan satu lagi pertimbangan penting bagi para jururawat asing.
Pada awal November lalu, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung mengumumkan bahawa Singapura akan menambah hampir 4,000 jururawat baru dalam tenaga kerja menjelang hujung tahun 2023.
Jumlah itu akan membentuk sekitar 10 peratus daripada tenaga kerja kejururawatan sedia ada dan ia 700 kakitangan lebih banyak berbanding bilangan keseluruhan jururawat yang diambil bekerja tahun lalu.
Dalam kalangan 4,000 jururawat itu, sebahagian besarnya adalah warga asing - dengan nisbah sekitar 60 warga asing dan 40 warga tempatan. Ia adalah untuk mengimbangi pengambilan jururawat asing yang lembap ekoran sekatan sempadan COVID-19 sepanjang dua tahun lalu.
Pada Julai lalu, Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan bahawa lebih 25,000 jururawat dijangka menerima bayaran khas antara 1.7 hingga 2.1 bulan daripada gaji asas mereka.
"BUKAN SAHAJA KUANTITI TETAPI KUALITI"
Sekalipun terdapat usaha untuk memikat dan mengekalkan para jururawat asing, sebilangan mereka yang bekerja di Singapura menyatakan cabaran menjadikan Singapura sebagai rumah tetap mereka sebagai faktor yang mendorong mereka untuk mempertimbangkan pekerjaan di negara lain.
"Saya mempunyai rakan-rakan sekerja yang sudahpun meninggalkan (Singapura) atau merancang untuk pergi dari sini kerana adalah sangat sukar bagi mereka untuk menetap di sini," kata Mei (bukan nama sebenar), seorang warga Myanmar berusia 32 tahun yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital awam di Singapura.
"Manakala di negara-negara lain, ada harapan bahawa dalam tempoh dua tahun, anda boleh membawa keluarga anda ke negara tersebut dan membeli rumah serta memulakan kehidupan di sana."
Cik Mei, yang berkahwin dengan seorang warga Singapura dan bekerja di negara ini sejak lebih sedekad lalu, memberitahu Mediacorp bahawa permohonannya untuk mendapat kerakyatan tetap sudah ditolak sebanyak lapan kali. Beliau kini dalam proses untuk mengemukakan rayuan bagi permohonan baru yang juga tidak menerima kelulusan.
Dalam menghadapi kekurangan tenaja kerja jururawat yang berterusan di seluruh dunia dan kenaikan dalam permintaan untuk penjagaan, Profesor Madya Lim berkata bahawa menawarkan pemastautin jangka panjang kepada para jururawat asing akan membantu meningkatkan daya saingan Singapura serta mengurangkan kadar peletakan jawatan dalam jangka panjang.
Jika tidak, Singapura akan berdepan dengan risiko dijadikan sebagai batu loncatan semata-mata bagi para jururawat asing untuk menembusi tenaga kerja di negara-negara lain.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.